March 15, 2011

Nak jadi bintang???

Hari ini ramai yang ingin menjadi bintang.

Mahukah anda menjadi bintang?

Bukan di pentas mahupun di televisyen

Tetapi di hadapan Tuhan Yang Esa…

Hari ini saya teliti banyak sungguh program realiti yang diatur pihak pengurusan terbabit amnya dengan matlamat yang satu,iaitu melahirkan ramai bintang baru yang pastinya terkenal setelah digilap sepanjang proses didalam program tersebut.Ini merupakan satu konsep mudah dalam mengenal potensi bakat seseorang individu.Namun,pada hujungnya nanti,bintang apakah yang bakal dilahirkan melalui program realiti terbabit?

Pada zaman kegemilangan dan keagungan budaya hedonisme ini, kita sendiri dapat melihat dengan secelik-celiknya walaupun tanpa bantuan cermin mata bahawa sudah terlalu banyak bintang hasil acuan hedonisme yang lahir walaupun bukan secara total.Terkadang kelu melihat bintang – bintang ini beraksi tatlaka diri teringat akan sebuah hadis Rasulullah yang berbunyi:

Rasulullah pernah bersabda kepada para sahabat,”Akan datang suatu masa,umat lain akan memperebutkan kamu ibarat orang-orang yang lapar memperebutkan makanan dalam hidangan”.Lalu sahabat bertanya,”Apakah kerana pada waktu itu jumlah kami terlalu sedikit ya Rasulullah?” Kemudian baginda menjawab:”Bukan ,bahkan jumlah kamu pada waktu itu terlalu banyak, tetapi kamu pada waktu itu ibarat ghatsa(buih) yang terapung-apung di atas air bah.Dan di dalam jiwamu tertanam AL-WAHN”.Lalu sahabat bertanya lagi,”Apakah yang dimaksudkan dengan AL-WAHN ya Rasulullah?” Baginda menjawab:”Iaitu CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI”.

Justeru itu, Allah yang Maha Penyayang tidak meninggalkan kita begitu sahaja.Kita ini diberi tawaran oleh Allah untuk menyertai suatu program yang direncanaNya untuk kita menjadi bintang kelak.Bukan sebarangan bintang tetapi bintang dihadapan Allah kelak.Mahukah kita? Bagaimana pula caranya?.....

Hidup kita merupakan tempoh program ini berjalan.Allah menurunkan AlQuran sebagai panduan seandainya kita tersasar dari matlamat program ini.Dan matlamatnya Cuma satu iaitu bagi menjadi bintang di hadapan Allah.Malah ,Allah turut mengutuskan para Rasul untuk memberi tunjuk ajar supaya kita tahu mana jalan yang dituju.Sepanjang perjalanan itu, pelbagai halangan dan dugaan yang ditetapkan sesuai dengan kemampuan kita masing-masing.Maklumlah,Allah itu Maha Adil.Dia tidak akan sesekali menzalimi kita sebab Dia sangat sayangkan kita.Kadang- kadang kita terasa takut, gementar untuk meneruskan perjalanan sepanjang program ini tetapi Allah pesan,Allah bagi kita semangat.Allah berfirman supaya kita ini sentiasa mengingati Allah dengan berzikir kerana dengan mengingatiNya sahajalah hati akan menjadi tenang dan beroleh sumber kekuatan.Bukankah Allah lebih dekat dengan kita berbanding urat leher kita sendiri? Insya-Allah.Dan bagi memastikan setiap orang menjalani program ini dengan adil, maka Allah utuskan malaikat Ratid dan Atid untuk mencatat setiap amalan dan dosa kita.100% adil untuk setiap hambaNya nanti.Yang penting kita menjalani program itu mestilah dengan iman , takwa dan akhlak mulia yang digariskan oleh Allah Yang Maha Besar.

Setiap makhluk yang bernama manusia itu bernafsu.Oleh itu mana-mana sekalipun program yang dianjurkan mestilah mempunyai ganjaran pada penghujungnya.Itu sudah tentu! Ganjaran yang Allah akan berikan terlalu indah untuk digambarkan .Terlalu tinggi untuk dibayangkan.Nikmatnya terlalu besar untuk dibandingkan dan seandainya manusia itu memperolehnya, maka tiada satupun nikmat didunia ini yang akan diingatinya dek besarnya ganjaran yang Allah janjikan iaitu SYURGA.

Namun, awas! Bagi yang ingkar ada juga hukuman yang menanti.Hukumannya terlalu berat untuk dibandingkan, terlalu sakit untuk digambarkan,terlalu perit untuk diceritakan dan seandainya manusia itu selalu mengagungkan nikmat yang dia rasai didunia, nescaya semua kenikmatan itu hilang dalam sekelip mata jika azab Allah telah menimpa.Nauzubillah min zalik’. Moga kita dijauhkan dari segala perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah.Amin…..

Mudah-mudahan kita diberi kekuatan dan bantuan Allah untuk kita menjadi bintang di hadapanNya kelak kerana tidak lain tidak bukan semata-mata untuk memburu keredhaanNya..

Allah berfirman dalam surah At Thalaq ayat 2 hingga 3 yang bermaksud:”Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, pasti Allah memberinya jalan keluar (daripada setiap persoalan) dan diberi rezeki yang tidak diduga serta sesiapa yang bertawakal akan dicukupi (segala keperluannya)”

Wallahu’alam

March 13, 2011

Dilema An Nisa



Assalamualaikum buat pembaca yang sudi singgah.Untuk post kali ini saya terdetik untuk menyentuh mengenai wanita
Entah mengapa tetapi saya kira okey kerana Hari Wanita Sedunia pun baru - baru ini.Pada pendapat saya, wanita pada hari ini cukup kuat untuk sama -sama membangunkan negara dan untuk yang prihatin pasti kuat untuk membangunkan Islam.Apa yang penting bagi seorang daie ialah sebelum melangkah lebih jauh, kita perlu membangunkan Islam itu dalam diri sendiri walau terkadang diri terasa seolah-olah tidak mampu menyumbang untuk Islam seperti sahabat-sahabat yang lain.

Walau terkadang kita hanya mampu berniat tetapi belum kuat mengatur langkah.Dunia hari ini banyak menuntut wanita Islam atau muslimah berani kehadapan, berani bermain denagn emosi untuk elak terjerat diri terutama dalam perjuangan suci mengangkat syariat Allah.Namun, saya bukan orang yang terbaik untuk mengulas tentang ini, cuma apa yang ingin dikongsikan adalah satu luahan rasa yang diberi oleh seorang sahabat.

Untuk sahabat yang bernama Izza Fatiha, Terima kasih atas pemberian Sinergi dan terima kasih kerana sentiasa memahami dan berkongsi bingkisan ini.

Untuk pembaca khususnya mereka yang bergelar wanita a.k.a sahabat semuslimah harap dapat bersama menghayati......


Aku cuma an nisa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar Afifah Solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerama berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit tidak berubah
Mampukah aku setabah dirinya
Andai diuji sedikit diri sudah rebah
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah tabahkan aku sepertinya

YaAllah
Jadikan aku semulia Fatimah Az Zahra
Betapa tinggi kasihnya kepada ayahanda
Tidak pernah berputus asa pada perjuangan Baginda
Tangannyalah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya diri pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi....Teguhkan hatiku sepertinya

Ya Allah
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
Dan keluarga yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa menjadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia
Entah dimana hilangnya iman didada

Ya Rahman
Kuatkan imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin
bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti Sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad
Iman sedikit pun tidak rapuh

Ya Allah
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabt Rasulullah
Betapa hebat tarbiyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan kepada Rasulullah pada Hari Uhud
Disambut dengan belakang Abu Talhah
Ya Allah
Tarbiyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa menjadi pilihan
Ketulusan iman diketepikan
YaAllah
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya

Wahai kaum Hawa
Kita ini an nisa
Para pendosa yang banyak di neraka
Lantas walau tak setabah para mujahidah
Namun tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga
Walau tak semulia para wanita sirah
Tetapi muliakanlah diri dengan agama yang memelihara
Kerana padanya ada pahala
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia

Sesungguhnya hawa tercipta dari tulang rusuk kiri Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tetapi untuk dilindungi kerana indah
Dan indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terpelihara syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga
Bicara dari an nisa
Makbulkanlah doaku
Ya Allah....
Aminnn..


March 8, 2011

Kisah: Ilusi dan Realiti

Alhamdullilah , dapat juga saya menulis untuk entry baru kali ini walau pun terkadang rasanya terlalu malas nak meng'up-date'kan post baru.Apa pun untuk cik Tim, maaflaa bukan tak nak letak link, terlepas pandang..maklumlah, she has no colour, itu terlepas pandang tu...

Bercerita tentang Ilusi dan realiti pada dasarnya adalah perkara yang terlalu biasa dan sering didengar.Pernah anda mendengar kisah yang sering diulang cerita oleh kebanyakkan orang bahawa di sebuah kampung terdapat seorang pemimpin yang sangat dikagumi kerana kehebatan pimpinannya yang terbilang, keramahan dan keprihatinan pemimpin ini. Beliau memerintah kampung itu sehinggalah akhir hayatnya.Maka bagi mengenang jasa pemimpin itu, seluruh penduduknya membina sebuah patung yang teramat besar dan gah untuk memastikan memorabilia terhadap pemimpin itu tidak terpadam. Nak dijadikan cerita, seekor kucing yang kurap lagi kurus telah membuang najis bertepatan denagn patung itu,Kotor jadinya.

Sekarang ....pada pandangan anda , mana yng realiti dan iilusi dari cerita tersebut?

Sebenarnya yang illusi adalah patung yang besar itu.Ya, walaupun patung yang dibina itu besar, penuh gah tetapi ia sebenarnya hanyalah satu illusi kerana ia tidak hidup apatah lagi bergerak untuk menghalang kucing tadi membuang najis padanya.

Dan yang realitinya ialah kucing kurus yang kurap tadi.Walaupun ianya kecil, kurap kotor tetapi dia benar, wujud...

Apa hubungan semua ini dengan kita semua ni?

Jika dilihat, kaum Yahudi adalah bangsa yang dimuliakan Allah suatu ketika dahulu namun sekarang dikutuk Allah kerana keingkarannya terhadap Yang Maha Esa. Mereka membunuh anak-anak ,orang yang tidak bersalah, mengambil nyawa sesuka hati,menanaiya orang Islam, menjajah bumi Palestin atas keegoan mereka.Mereka ini Allah kutuk didalam Al Quran.Kekejaman mereka ini benar dan hingga sekarang jelas kita lihat bahawa mereka tidak akan berhenti dari melakukan kerosakkan di muka bumi ini. Mereka lebih sinonim untuk diumpamakan dengan kucing kurap tadi.Kerana mereka realiti hingga sekarang....

Umat Islam pula diangkat Allah sebagai umat yang terbaik dsan tiada agama yang diredhai Allah melainkan agama Islam.Kehebatan Islam sejak dari zaman Rasulullah hingga ke para sahabat jelas terpampang, kuat dan digeruni.Ini semua adalah kerana kekuatan iman dan aqidah yang disandarkan semata-mata kepada Allah yang Satu.Malangnya, umat Islam kini hanya sebuah illusi kerana sehebat mana pun sejarah kita, hakikatnya sekarang kita lemah dek kalah dengan tipu daya dunia, pergaulan bebas yang melampau, fahaman yang goyah pada agama kita sendiri.Iman kita tidak kuat malah mungkin lebih nipis dari kulit bawang.Sejauh mana pun kita memandang kehadapan, kita ibarat patung besar tadi yang tak mampu berbuat apa-apa untuk agama kita....

Untuk diri ini, kawan-kawan dan sahabat semua,

Tidak mustahil untuk kita merubah menjadi realiti seandainya kita sudah sedia untuk baiki kesalahan kita.Ini boleh dicapai dengan kukuhkan iman dan betulkan aqidah semula.Dimana Allah di hati kita? Cukupkah sekadar buat itu dan ini tapna sedar pada hujungnya nanti, apa yang kita mahukan untuk agama suci ini?

Islam itu mulia.Sesiapa yang mencari kemuliaan selain Islam, maka dia dalam kehinaan. Wallahu'lam

February 21, 2011

C.I.N.T.A

Salam buat pembaca yang sudi singgah kat jurnal maya saya ini...

Berbicara soal cinta, terlalu banyak hati yang sudah merasainya kerana jika tidak ,pastilah anda bukan manusia normal ataupun anda sedang koma. Dengan cinta , manusia kenal lemah dan kuat dirinya di level mana.Terpulang pada anda untuk menghakimi cinta mana yang patut anda letakkan dalam hati anda,tetapi secara fitrahnya yang Allah telah tetapkan untuk semua hambaNya yang disayangi bahawa cinta itu yang pertamanya mestilah untuk Dia,Yang Maha Pencipta, kedua untuk junjungan Rasullulah SAW dan yang ketiga ibu bapa and the rest is history...

Namun, sejauh mana pun kehebatan impak cinta ini, jauh lagi hebat Allah yang menciptanya. Kerana itulah tanda cintaNya kepada hambanya.
Bukankah Allah kekasih kita?
Jadi apa yang anda sedang lakukan sekarang?
Adakah anda sedang meraikan cinta dengan dia yang tiada ikatan lagi?
adakah anda membisikkan kata-kata cinta denagn yang bukan halal bagimu?
kalau begitu anda sedang membuatkan kekasih utama anda sedang cemburu, tersangat cemburu..takut2 kalau nantu Dia tak hiraukan kita lagi, susah pula..

apapun, bulan ini penuh dengan emosi cinta, terutamanya kepada junjungan Rasullulah..Baru jer birthday Baginda lepas hari tu...Rasanya, macam tak terlalu lama Baginda tinggalkan kita kan?
tapi bila ditengok keadaan masa sekarang mungkin saya baru tersedar sebenarnay ia sudah terlalu lama..Masakan tidak?
pada malam sebelum Maulidur Rasul , banyak pasangan beragama Islam yang ditangkap berkhalwat.
Sedih pula bila membayangkan yang kita tergamak memberi Baginda dengan kejutan sebegini pada kelahirannya.

Apapun...bukan semua yang melupakannya..masih lagi ada jiwa yang merintih kerana terlalu sayangkan Baginda,Insya Allah

February 3, 2011

KESILAPAN KITA YANG PALING BESAR



Assalamualaikum buat pembaca yang sudi singgah.

Satu ketika dahulu, saya ada menonton drama Antara Garisan ,Saya pasti ramai yang mengenali drama itu.Bagi saya ,banyak mesej yang boleh digarap secara langsung melalui watak -watak yang ditonjolkan.Namun, watak yang paling menyerlah mesejnya ialah watak si ustaz yang berpelajaran tinggi dan tinggal di kampung tersebut dengan matlamat untuk berdakwah .

Walau bagaimanapun, antara keghairahan untuk mengejar matlamatnya, terselit sifat keegoan yang mengunci mindanya sekali gus meletakkan papan tanda 'aku lebih baik,lebih alim maka aku lebih tahu apa yang patut dilak
ukan' didalam ruang legar mindan
ya.ini secara langsung, menganggap dirinya sebagai golongan kanan di akhirat kelak dengan yakinnya.

Maka, inilah kesilapan kita yang terbesar!

Hasil tulisan Imam Global dalam majalah Solusi, ada menyatakan satu situasi yang mana seorang sahabat berhenti di R&R untuk solat subuh.Disebabkan ruangan surau yang kecil, maka sebahagian yang lain terpaksa menunggu giliran untuk solat sementara menunggu imam mengakhiri solat subuh,Namun, imam berkenaan solat dengan begitu lama dan membaca
surah yang panjang.Disebabkan takut solat diakhir waktu, seseorang yang menunggu untuk solat menjerit supaya segera mengakhiri solat tetapi, imam dengan relaksnya meneruskan bacaan sekali dengan doa yang panjang.Apabila ditegur imam mengeluh,"Beginilah orang sekarang, solat lama pun nak bising"(lebih kurang ).

Inilah silapnya, kita tak faham lagi.

Satu masa dahulu saya ada menghadiri satu kursus.Malangnya, semua gadis yang majoritinya Islam berpakaian dengan ketat lagi sendat.Pasangan yang bercinta pula duduk dekat lagi rapat.Apabila nampak sekumpulan orang yang menutup aurat ,mereka memandang sinis dan menjauhi .Katanya, kubur dah panggil.Menutup aurat bila dah uzur dan tua sahaja?

Inilah kesilapan kita...


Jelasnya, golongan agama perlu lebih proaktif dan profesional setanding dengan tagline 'mukmin profesional'ini kerana masih terdapat dari kita yang tidak megerti sepenuhnya misi dan cara berdakwah.
Kita perlu transformasi diri kita agar menjadi orang yang ada fahaman agama yang tinggi tanpa mengabaikan nilai-nilai murni lain khususnya akhlak yang menjadi kayu ukuran.
Malah seandainya kita teliti kandungan Al Quran itu sendiri 2/3 menyentuh soal akhlak.

Sementara itu, kelompok individu yang umum khususnya golongan profesional majoritinya sering mengabaikan nilai agama namun sangat bagus dalam soal pembangunan dan teknologi.Cuba kita bayangkan penggabungan nilai agama dalam seluruh aspek modenisasi kehidupan .Pasti impian untuk mewujudkan masyarakat Mukmin Profesional menjadi kenyataan , Insya-Allah.






February 2, 2011

BAGAIMANA NAK TUNJUK ISLAM ITU INDAH?

Salam buat semua insan yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni.

Setelah lama tidak meng'up-date'kan blog yang saya kira dah berabuk ni,barulah saya terfikir sesuatu.Puas saya fikir tapi jawapannya saya fikir terlalu umum untuk dinyatakan.Terpulang pada individu yang berfikir untuk jawapan itu.

Bagaimana nak tunjuk islam itu indah?

surat khabar yang ditangan saya selak perlahan-lahan.satu ruangan berita luar negara saya baca dan rasa macam terbakar bila tahu paderi kat AS sana nak cabar balik yang umat islam untuk pertahankan Al quran.kononnya , dia nak tengok sejauh mana umat islam ni beriya- iya nak defence islam.kalau betul, tunjukkan.
dalam hati saya, apa maksudnya tunjukkan.adakah dengan perang?sedangkan islam tidak pernah membenarkan umatnya menghina agama lain dan pada saya sejujurnya paderi itu sudah tahu kebenaran islam.kalau diajak berdebat tntg kebenaran agama, pasti islamlah jawapannya.sbb itu, dia hanya mampu 'attack ' orang islam.Yelah. kalau tengok perangai umat islam sekarang pun, ada segelintir yang agak menyedihkan.

tak lama lepas itu, sibuk pula tersebar kat internet yang tak bersempadan ni tentang patung orang islam yang sedang bersujud,patung seorang kristian yang sedang berdoa dan seorang paderi yang sedang berdiri sambil memegang kitab Talmud.siapa pun umat islam yang masih ada cebisan iman pasti mengamuk.....rasanya itulah tindakan drastik atau spontan kita, tapi setakat mana?

soalan itu terkubur ...tapi tak lama lepas itu saya sedar, tak guna kita menjerit marah-marah sampai kita mencarut atau keluar perkataan yang tak elok sedangkan ia masih berleluasa.sebab itulah yang diaorang nak,nakkan kita marah membuta tuli tanpa tindakan and then senyap....no action ,talk only..

Dah tu,Nak Buat Apa?

jadinya, mereka menggunakan kemudahan teknologi untuk burukkan kita, so, kita gunakan ict untuk tunjukkan keindahan Islam.Para blogger sekarang boleh mencatatkan dalam diari maya diaorg tntg keindahan islam yang dinikmati,apa yang islam ajar melalui cara yang lebih santai atau profesional, terpulang kepada diri..

para kaki facebook pula boleh berhubung dengan kawan-kawan dengan nilai akhlak islam,perbualan yang sopan dan berpengisian, ikut acuan masing- masing berpandukan adab syariat islam.

para penulis pulak tak semestinya menulis novel cinta islam semata-mata sahaja kerana kita tak mahu orang kenal islam dalam satu sudut pandang sahaja.dan kita tak mahu ada pembaca yang hanyut denagn keindahan islam pada satu aspek tanpa sahaja tanpa mengenalidan melihat dalam aspek lain yang lebih universal .adalah lebih baik jalan penceritaan itu disulam dengan sulaman benang islam sesuai dengan tittle 'ISLAM IS THE WAY OF LIFE'.

para guru pula boleh berperanan.tidak dinafikan sistem pembelajaran hari ini lebih memdedahkan kita kepada liberalisme, sekularisme dan apa-apa 'lisme' lagi lah.tetapi pendidik yang hebat adalah dia mampu mengislahkan semua itu kepada sudut pandangan islam tanpa mengabaikan ilmu pokoknya.

pendek kata, ada jer cara kita nak mengetengahkan keindahan islam itu.Namun yang penting ialah diri kita sendiri.Bagaimana kita nak mengolahkan kecantikkan islam itu, yang kita rasa kepada orang lain?Bagaimana kita orang lain merasakannya?ala, analoginya kalau seorang penyanyi mesti dia akan bersungguh-sungguh mempersembahkan nyanyiannya hingga kekadang sanggup sampai kena basah air, main api, kena kurung ntah apa-apa lagi laa asalkan penonton merasa 'feel' nyanyiannya.Begitulah kita ....dan kunci utamanya ialah AKHLAK.

kerana akhlak itu dilihat oleh mata dan tak dinafikan dari mata jatuh ke hati.....wallahu'alam