February 3, 2011

KESILAPAN KITA YANG PALING BESAR



Assalamualaikum buat pembaca yang sudi singgah.

Satu ketika dahulu, saya ada menonton drama Antara Garisan ,Saya pasti ramai yang mengenali drama itu.Bagi saya ,banyak mesej yang boleh digarap secara langsung melalui watak -watak yang ditonjolkan.Namun, watak yang paling menyerlah mesejnya ialah watak si ustaz yang berpelajaran tinggi dan tinggal di kampung tersebut dengan matlamat untuk berdakwah .

Walau bagaimanapun, antara keghairahan untuk mengejar matlamatnya, terselit sifat keegoan yang mengunci mindanya sekali gus meletakkan papan tanda 'aku lebih baik,lebih alim maka aku lebih tahu apa yang patut dilak
ukan' didalam ruang legar mindan
ya.ini secara langsung, menganggap dirinya sebagai golongan kanan di akhirat kelak dengan yakinnya.

Maka, inilah kesilapan kita yang terbesar!

Hasil tulisan Imam Global dalam majalah Solusi, ada menyatakan satu situasi yang mana seorang sahabat berhenti di R&R untuk solat subuh.Disebabkan ruangan surau yang kecil, maka sebahagian yang lain terpaksa menunggu giliran untuk solat sementara menunggu imam mengakhiri solat subuh,Namun, imam berkenaan solat dengan begitu lama dan membaca
surah yang panjang.Disebabkan takut solat diakhir waktu, seseorang yang menunggu untuk solat menjerit supaya segera mengakhiri solat tetapi, imam dengan relaksnya meneruskan bacaan sekali dengan doa yang panjang.Apabila ditegur imam mengeluh,"Beginilah orang sekarang, solat lama pun nak bising"(lebih kurang ).

Inilah silapnya, kita tak faham lagi.

Satu masa dahulu saya ada menghadiri satu kursus.Malangnya, semua gadis yang majoritinya Islam berpakaian dengan ketat lagi sendat.Pasangan yang bercinta pula duduk dekat lagi rapat.Apabila nampak sekumpulan orang yang menutup aurat ,mereka memandang sinis dan menjauhi .Katanya, kubur dah panggil.Menutup aurat bila dah uzur dan tua sahaja?

Inilah kesilapan kita...


Jelasnya, golongan agama perlu lebih proaktif dan profesional setanding dengan tagline 'mukmin profesional'ini kerana masih terdapat dari kita yang tidak megerti sepenuhnya misi dan cara berdakwah.
Kita perlu transformasi diri kita agar menjadi orang yang ada fahaman agama yang tinggi tanpa mengabaikan nilai-nilai murni lain khususnya akhlak yang menjadi kayu ukuran.
Malah seandainya kita teliti kandungan Al Quran itu sendiri 2/3 menyentuh soal akhlak.

Sementara itu, kelompok individu yang umum khususnya golongan profesional majoritinya sering mengabaikan nilai agama namun sangat bagus dalam soal pembangunan dan teknologi.Cuba kita bayangkan penggabungan nilai agama dalam seluruh aspek modenisasi kehidupan .Pasti impian untuk mewujudkan masyarakat Mukmin Profesional menjadi kenyataan , Insya-Allah.






2 comments:

~i'm the flying birds~ said...

Yup...setuju, seuju sgt dgn tag line mukmin professional,,, gabungan antara seorg abid mukmin yang mempunyai professionalisme sendiri...

TiM said...

thanks utk perkongsian ni. kadang2 pernah terlintas juga di hati aku bila tengok orang yang freehair, yang berchenta bagai nak rak, aku ni macam takde fungsi ke? tapi insha-Allah, mungkin selepas ni bolehlah kita mengubah orang. atau paling tidak, membuat orang sekurang-kurangnya terfikir untuk berubah.