March 13, 2011

Dilema An Nisa



Assalamualaikum buat pembaca yang sudi singgah.Untuk post kali ini saya terdetik untuk menyentuh mengenai wanita
Entah mengapa tetapi saya kira okey kerana Hari Wanita Sedunia pun baru - baru ini.Pada pendapat saya, wanita pada hari ini cukup kuat untuk sama -sama membangunkan negara dan untuk yang prihatin pasti kuat untuk membangunkan Islam.Apa yang penting bagi seorang daie ialah sebelum melangkah lebih jauh, kita perlu membangunkan Islam itu dalam diri sendiri walau terkadang diri terasa seolah-olah tidak mampu menyumbang untuk Islam seperti sahabat-sahabat yang lain.

Walau terkadang kita hanya mampu berniat tetapi belum kuat mengatur langkah.Dunia hari ini banyak menuntut wanita Islam atau muslimah berani kehadapan, berani bermain denagn emosi untuk elak terjerat diri terutama dalam perjuangan suci mengangkat syariat Allah.Namun, saya bukan orang yang terbaik untuk mengulas tentang ini, cuma apa yang ingin dikongsikan adalah satu luahan rasa yang diberi oleh seorang sahabat.

Untuk sahabat yang bernama Izza Fatiha, Terima kasih atas pemberian Sinergi dan terima kasih kerana sentiasa memahami dan berkongsi bingkisan ini.

Untuk pembaca khususnya mereka yang bergelar wanita a.k.a sahabat semuslimah harap dapat bersama menghayati......


Aku cuma an nisa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar Afifah Solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerama berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit tidak berubah
Mampukah aku setabah dirinya
Andai diuji sedikit diri sudah rebah
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah tabahkan aku sepertinya

YaAllah
Jadikan aku semulia Fatimah Az Zahra
Betapa tinggi kasihnya kepada ayahanda
Tidak pernah berputus asa pada perjuangan Baginda
Tangannyalah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya diri pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi....Teguhkan hatiku sepertinya

Ya Allah
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
Dan keluarga yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa menjadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia
Entah dimana hilangnya iman didada

Ya Rahman
Kuatkan imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin
bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti Sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad
Iman sedikit pun tidak rapuh

Ya Allah
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabt Rasulullah
Betapa hebat tarbiyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan kepada Rasulullah pada Hari Uhud
Disambut dengan belakang Abu Talhah
Ya Allah
Tarbiyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa menjadi pilihan
Ketulusan iman diketepikan
YaAllah
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya

Wahai kaum Hawa
Kita ini an nisa
Para pendosa yang banyak di neraka
Lantas walau tak setabah para mujahidah
Namun tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga
Walau tak semulia para wanita sirah
Tetapi muliakanlah diri dengan agama yang memelihara
Kerana padanya ada pahala
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia

Sesungguhnya hawa tercipta dari tulang rusuk kiri Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tetapi untuk dilindungi kerana indah
Dan indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terpelihara syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga
Bicara dari an nisa
Makbulkanlah doaku
Ya Allah....
Aminnn..


2 comments:

blup..blup... said...

thank you so much about this precious reminder atin...*wink*..teah lar ni~~~

as-syuhada said...

adao hai, rindu nyer kat blup..blup..