December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009..Selamat Datang 2010...

Selamat Tahun Baru buat semua...brlalu sdh tahun 2009 yg mgkin pnuh dgn kenangan manis mahupun pahit...trpulang pd diri msing2...prkara yg buruk pd tahun 2009 itu biarlah ia brlalu....
let bygone be bygone...ttpi prlulah kita mgmbil iktibar drpd pristiwa trsbut bukan?
bljr drpd pristiwa yg lalu mrupakn slh satu cara utk kita mmprbaiki diri kita utk mnjd lbh baik..
haa...buat shbt2 ana tgktn 4 ni...igtlah sdh tamatnya zaman 'honeymoon' antum...
skrg bknlah masanya kita nk brmain2 lg..

ayuh! bngun dan sedarlah diri antum...pd tahun bru ini yakni 2010...
antum dh mnjd antara pljr yg pling senior...bila dh jd senior, fikiran kenalah matang malah
prngai prlulah sprti org dewasa...buat kputusan pula mstilah dgn bijak.
kita semua prlu mnjd cnth yg trbaik utk adik2 kita nnti...sbb kita adlh kakak2 dan abng2 mrka di sekolah dn pstinya mrka akn sntiasa mrujuk kpd kita...dn boleh jd mrka akn ikut tlunjuk kita.

oleh itu..kita kena pstikan yg adik2 kita ni akn ikut cnth prngai yg baik2 spya keadaan sekolah pd masa akn dtg tidak brtmbh teruk...ianya tidak cukup dgn hnya mngatakn "Jngan buat prangai yg x elok mcm kakak/abng tu." tetapi kita tetap mlakuknnya...igtlah firman Allah, ayat 3 dlm surah As-Saff...ana yakin bhwa shbt2 skalian psti sdh tahu apa mksdnya kan?

slain itu, kita kenalah saling mnegur shbt2 kita...sbb kita adlh manusia yg x akn lari dr kesilapn
dn shbt2 prlulah brlpng dada dn bljr mnerima tguran srta pndpt org lain..
haa, prkara ini sdh mnjd peranan kita sblm mninggalkn sekolah...dn igtlah stiap prkara yg baik kita lakukan...Allah telah mnjnjikn kita ganjaran yg kita sndiri x tahu berapa byknya...
pd tahun trakhir ini jugalah...kita prlu byk mmberi sumbangan kpd sekolah agr
jasa kita akn sntiasa dikenang oleh guru2...bukankah hati kita akn mnjd tng apbila guru2 gmbira mlihat kjayaan kita?
aiwah,prkara yg pling pnting skali ialah kita akn mnghdpi ppriksaan awam iaitu SPM...
bg adik2 ana yg akn naik ke tgktn 3...brsedialah utk ppriksaan PMR...
ayuh..kita brsama2 brusaha dgn brsungguh2...krna kejayaan itu dtg dgn usaha kita bknnya scra tiba2..bak kata guru2 'Kejayaan itu berada dlm gengaman kita sndiri'
jd..diri kita sndiri yg mnentukn kjyaan kita..

shbt2 ana skalian...sedarlah peranan kita pd tahun 2010 ini sdh brtmbh...
tpi ia x brmakna ia akn mmbebankn antum...skiranya antum bkrjasama dn brsatu fikrah...
insyaAllah, x akn timbulnya prselisihan fhm antara kita...
buat shbt2...SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN SPM!!
dn pd tahun yg bru ini...
jom kita sama2 mlakukan satu prubahn yg baik utk diri dn sekolah yg kita syngi...
disrtakn skali dgn niat yg suci iaitu kerana Allah..
wasalam.


::by afiza::

December 21, 2009

PEJUANGKAH KITA???

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
karenah isteri tidak engkau tahan
Engkau ingin berjuang
rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang
anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
pandangan tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan




by fatin syuhada

December 19, 2009

Kisah: Di Mana Bahagia?

Assalamualaikum buat pembaca2 blog ini...urmm, ana rasa sudah sekian lama ana tidak menulis entry untuk blog...maaf bagi yg setia membaca entry2 dlm blog ini...sbnrnya ana tiada idea untuk menulis apa2 sblm ini...tetapi pd hari ini...ana ingin brkongsi sebuah kisah yg mungkin boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk kita brsama..

Baiklah, kisah ini bermula di sebuah tempat di mana suami isteri tinggal brsama2 di sebuah rumah..dan pd suatu hari...

Si suami itu marah kepada isterinya dan dengan segera mengancam isterinya,
"Aku akan lenyapkan kebahagiaanmu."
Si isteri menjawab dengan tenang, "Anda tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana anda tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadaku."

Si suami pula bertanya, "Mengapa aku tidak mampu melenyapkan kebahagiaanmu?"
Si isteri menjawab dengan penuh keyakinan, "Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam perbelanjaan, tentu kamu akan mampu menghilangkannya. Dan kalau terletak
dalam pakaian dan perhiasan, tentu dapat kamu kuasai, baik kamu sendiri ataupun orang lain."

Si suami tadi bertanya dengan penuh kehairanan, "Di manakah kebahagiaanmu?"
Si isteri pun menjawab dengan penuh keyakinan, "Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku. Dan imanku itu ada di dalam hatiku. Tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku selain Allah SWT."

Haa...apa yg terjadi kpd si suami trsbut? Sudah tentu si suami itu berasa insaf stlh mndgr bicara drpd isterinya yg bgitu kuat imannya trhdp Allah...

Subhanallah...bgitu solehahnya isteri trsbut kan? Ana nk bgtahu bhwa kisah di ats ini dipetik drpd Iman dan Kehidupan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi. Ana yakin bhwa psti semua tahu tntg Dr. Yusuf ini...urmm, brbalik kpd yg td..ana rasa pd zaman skrg bkn sng hndk jumpa org yg mmpunyai akidah yg mntap sprti si isteri td...lbh2 lagi kita semua ialah umat akhir zaman...
dan pngruh ke arh prkara2 yg mnyesatkan smkin brleluasa...
iman dlm diri juga sering diuji...manakala kiamat pula smakin hmpir..
ttpi... kita semua x tahu bila akan tibanya wktu itu...

Scra realitinya, byk tnda2 awal kiamat sdh brlaku...
ana yakin psti semua sdh tahu...
lihatlah org2 di sekeliling kita skrg...mcm2 kjadian brlaku...
sprti dlm hadith Rasulullah mngenai pmberitahuan baginda kpd shbt2nya tntg kejadian yg akn brlaku kpd golongan manusia akhir zaman..

Aiwah, ana bru mnerima satu mesej drpd shbt ana tntg satu prkiraan mngenai
bulan Ramadhan pd tahun 2012....baiklah, mesejnya adlh sprti brikut:
"1 Ramadhan pd tahun 2012 akn jatuh pd 20 Julai, hari Jumaat, pd
3 Ogos 2012 brsamaan 15 Ramadhan juga jatuh pd hari Jumaat. Prkara ini sama dgn hadith Nabi mngenai huru hara bsr yg akn jd pd tgh mlm prtengahan bln Ramadhan iaitu
15 Ramadhan di bumi ini yg akn mngejutkan semua org yg sdg tidur...
yakni satu suara yg amat dahsyat akn kita dgr di lngit,
bkn kiamat tpi huru hara trsbut akn mlenyapkn umat manusia
di muka bumi ini sbyk 2/3...yg tinggal cuma 1/3 shja.

NASA Amerika ada bgtahu pd 21/12/2012...planet X akn lintasi di bumi ini....
Adakah kita semua ini trgolong dlm 1/3 itu??" Waallahualam...ana sndiri pun x psti tntg kesahihan msj ini...dn kita x tahu apa yg akn trjd pd masa akn dtg...
ttpi ia sama sprti apa yg ana ckpkan td...kiamat smkin hmpir...

Oleh itu...ayuh shbt2 sekalian!! Sama2 lah kita mmprbaiki diri kita yg x prnh
lari dr ksilapan ini agr mnjd lbh baik dr yg sblmnya...biarlah org lain kata kita hipokrit atau apa2 shja...tpi ingat!! smgt utk istiqamah dn brhijrah itu prlu ada spya kita x akn kecundang nnti...
dn Allah sntiasa brsama kita x kira ssh atau sng...
InsyaAllah...Allah akn bntu hmba2nya yg briman...
agar mmperoleh kjayaan...^_^

Cukuplah stkat ini dahulu drpd ana yg x sbrapa ini...nasihat ana di ats khususnya utk diri ana sndiri dn amnya kpd shbt2 sekalian...sgala ksilapan ana harap dimaafi..

Sekiranya ada kekeliruan atau ksilapan di dlm entry ana pd kali ini...harap dimaklumkan
spya ana tahu apa yg salah... krn ana juga seorg manusia yg sering mlakukan
ksilapan tnpa ana sedari...sekian.

ALLAHUAKBAR!!!


::by afiza::

December 18, 2009

ANDA PEDULI KER?

salam maal hijrah buat rantaian besi para mujahid wa mujahidah yang tak henti menulis demi islam.begitulah jiwa anak muda sekarang ,kental tapi bukan kenyal.membara- bara jiwanya untuk panji Allah jua.namun, perlu ingat kita ini tetaplah jua seorang hamba di sisiNya.



anda peduli si anak kecil ini? untuk apa?
kerana untuk pengetahuan anda si anak kecil sudah tidak terjamin lagi suasana persekitarannya.siapa tahu mungkin anak kecil sekarang dibesarkan dalam environment soleh tetapi mungkin juga dalam suasana penuh hiburan. maklumlah, sekarang lagu dan dialog si artis yang dihafal. lagipun tak lamakan temuduga TOMTOMBAK..wah, berderet laa mak bapak yang nak hantar anak jadi wira kat sana...wira di pentas...







anda peduli ker diorang ni?
sebenarnya baru2 saya telah pergi ke sebuah shopping mall . andai kata kalau saya buat statistik
la dah tentu hasil daripada statistik itu 85% remaja yang berkuku 1 1/2 inci, berpakaian 50% potongan kain dan 93% kebebasan untuk berpegangan tangan serta seangkatannya.
yer...demokrasi betul negara kita ni yer..
baru2 ni juga beberapa berita siri remaja merogol dan dirogol kembali mendapat perhatian ..mana taknyer, pesta seks dah macam aktiviti persatuan...sedangkan si bapak pun makan anak...susah nak percaya orang sekarang.dah tak de yang melindungi kalau adapun sangat susah ditemui.

akhirnya nanti jadilah macam nih..


ya Allah, selamatkan remaja kami.. selamatkan kami dan mereka






anda peduli akan kejadian nih?
"eh, benda ni jadi sebab dia yang derhaka bukan aku, aku ni anak emak..lagipun, cukupla aku sebar sebar benda ni asal orang dapat tahu sudah"
kalau macam ni laa mentaliti rakyat 1 malaysia sekarang , jawab nya tunggang langgang ....kalu difikirkan bagaimana untuk kita mengurangkan kejadian seperti ni? jawabnya

" seorang anak itu, tak dapat untuk menjadi seorang anak yang soleh,
sebab ibu bapanya tak pernah nak ajar anak tu, macam mana nak jadi anak yang soleh.."
maka di sinilah peranan ibu bapa bermula, didik lah, prihatinlah dengan mereka







anda peduli?
mungkin anda peduli tapi yang lain?
washington tidak mahu bekerjasama secara global dalam menangani isu ni walhal negara ini merupakan negara yang paling banyak menyumbang kepada global warming...sayang..ini negara maju dan canggih tapi masih tak berdaya menbuka mata dan telinga untuk mendengar suara bumi...

jika hendak disenaraikan tentu berlambak pula yang nak di postkan, tapi ni adalah sebahagian sahaja...namun, saya tak lupa masih ada yang peduli di luar sana .saya yakin ramai lagi yang giat usaha untuk bantu anak muda masa kini, kempen selamatkan bumi, kem bina diri supara sesama kita ni tak de yang lupa diri.

contoh mereka yang berjiwa besar ni macam nilah..





jadi untuk mereka yang sedang berjuang membantu islam teruskan perjuangan .
walau yang kita mahukan tak dapat di dunia tapi di akhirat kelak..mintalah


by fatinsyuhada

December 10, 2009

perkongsian pendapat


"kita kembali dari jihad yang kecil (untuk menuju kepada) jihad yang paling besar,"para sahabat bertanya,"wahai Rasullulah, apakah jihad yang paling besar itu?"jawab baginda,"jihad melawan nafsu"-hadis nabi

selesai ceramah ustaz,aku terfikirbetapa susahnya untuk melawan nafsu diri..disebabkan nafsu dirilah, masih ramai lagi di luar sana ya
ng sanggup bekerja tetap sebagai mat rempit, masih memperbodohkan rakyat, menyekat sistem pembelajaran ..sayang, tak terfikir ke ramai yang sudah bijak menilai dan memberi pandangan tentang apa yang sedang hangat di malaysia ni.tak perlu saya jelaskan...yang penting, saya bersyukur kerana dengan izinNya jualah kita hidup aman.Tapi ingat! hanya pada Allah tempat kita bersyukur dan kita berterima kasih pada kerajaan ..jangan terbalik pula.

saat saya sedang menulis untuk post ni, ibuku pula sedang memberi penerangan kesihatan tentang bahayanya "pemakanan main sedut tanpa tapis" kepada adik 2 ku..kagum saya pada ibu tercinta..

aiwah, ingin saya berkongsi sedikit pendapat tentang keadaan malaysia yang tercinta ni yang saya lihat makin mengelirukan ...saya tidak akan mengikut mana pihak tanpa usul periksa.tidak taklid semata2

teringat saya pada As Syeikh Hassan an Nadwi dalam bukunya ada merumuskan punca2 kejatuhan islam sekarang
1. kepimpinan berpindah kepa
da orang yang tidak layak.
persoalannya hari ni, adakah kita benar2 memahami apakah syarat kelayakan untuk
menjadi seorang pemimpin yang mana turut digelar khalifah ini? dan apakah kita boleh
bezakan sama ada pimpinan jatuh pada yang layak atau sebaliknya?

2.politik dipisahkan dari agam
a..
soal ini telah disebutkan dalam aQ, Allah melaknat mereka yang memisahkan politik dengan
agama.namun, adakah hari ni, kita faham dengan apa yang dimaksudkan memisahkan politik
dengan agama?senang jer, bukti dah banyak, ambil part dalam agama yang untung ,tinggalkan yang rugi dan yang di anggap kolot..pening kepala saya..

3.pemimpin dan para penguasa MUSLIM menunjukkan contoh yang buruk?
ingat, kami nampak kamu minum a***, kami tengok kamu pergi mana? kami tak buta teknologi,masakan kamu boleh memperbodohkan kami?

4.para ilmuan islam gagal kembangkan ilmu
mana tak nyer, mufti cakap, tegur tak nak dengar..siap sound si mufti...aiya, sudah gila lawan cakap orang yang menegakkan agama walhal benda yang dicakapkan itu untuk islam.

5. timbul bid'ah dan kesesatan dalam dunia islam?
ini soal kes rasul melayu, kontrak keluar dan masuk islam dan banyak lagi yang sering
dipandang sebelah mata


segala yang ulama tafsirkan itu benar dan sudah terjadi...jangan kita fikir ala ini isu bapak2 kat parlimen sana, buat a[pa nak masuk campur? bukan macam tu, kita sebagai orang yang faham agama mesti tahu benda ni, mari, mari jadikan malaysia ini sebagai sebuat negara islam yang benar islamnya..hingga saat itu nanti tak perlulah pemumpin menyanyi bergembira un tuk kebajikan rakyat...

remaja!!!

bangun, kita generasi hebat walaupun kita tak minum pati ayam brands..
ingat , isu2 begini mesti sensitif...bersamala kita kawal sedikit rasa lemah gemalai tarian cinta dunia remaja..bukan bunuh rasa itu, nanti kita jadi syaitan y
ang bertopengkan manusia yang tak punya rasa cinta dan sayang tetapi yang penting kawal dan jangan alpa..tegarkan dirimu!buang mentaliti inferiormu.. mulakan dengan langkah yang kecil dan perlahan2.
seperkara lagi para sahabat,
saya menyeru khususnya kepada diri saya dan umumnya untuk para sahabat ..marilah kita menjadi remaja yang berjiwa besar.bagaimana yang dikatakan dengan berjiwa besar?
dan apa pentingnya berjiwa besar?
iaitu,menjadi lebih matang.banyakkan berfikir soal2 yang dapat mendatangkan faedah dan berkorban untuk sesuatu kebaikan.

"takutlah kepada orang mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan jalan Allah"

berikut ditegaskan dalam hadis nabi, seandainya semua pihak dan individu memahami hadis ni sebaiknya maka hari ni tak perlu kita risau dengan pimpinan sekarang.
persoalannya, apakah pimpinan sekarang menghayatinya?


mungkin takkan ada yang sudi membaca post ni kerana hasilnya daripada saya yang masih mentah atau mungkin sekadar sepintas lalu...namun, bukan itu soalnya. kerana saya percaya, lebih penting menyampaikan dakwah kepada ahli jemaah sendiri terutama untuk mereka yang tak lagi kenal dengan keindahan islam....begitulah pesan naqibahku..

akhir kata,




by fatin syuhada

December 2, 2009

MUNAJAT SEORANG HAMBA

di kala malam yang sunyi sepi
seorang bani insan tenggelam
dalam tidur dan mimpi
musafir yang malang ini
tersentak bangun pergi membasuh diri
untuk menghadapMu Tuhanku

lemah lutut berdiri di hadapanMu
sedu sedan tangisku keharuan
hamba yng lemah serta hina ini
Engkau terima jua mendekati
bersimpuh di bawah duli kebesaranMu

Tuhan
hamba tidak pasti
Bagaimana penerimaanMu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan
noda ini

dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku
Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan
dan Muhammad RasulMu yang mulia itu
pernah mengatakan:
" ampunan Tuhan lebih besar daripada kesalahan insan"
hamba percaya pada tutur kepastian itu

sebab itu hamba datang, wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu padaMu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah
maghrifah dan muthmainah

syair dari IMAM BUKHARI


berderai juga empangan air mata yang cuba ditahan tatkala kumembaca puisi ini
sejenak aku terfikir
mana letaknya aku di sisi Tuhanku kelak
terasa kotornya diri ini, hina dan jahil
masihkah aku ingin meninggi diri??
sedangkan imam yang mulia ini menzahirkan kehambaannya dengan merendahkan diri
inikan insan yang sangat sangat biasa ini
yang di tiup angin pun mudah rebah
Allah.....
ampunkan hamba
andai leka
dengan kerja entah apalah sumbangannya pada Islam
mungkin tak berfaedah langsung!
astaghfirrullah halazim....



by fatin syuhada

November 30, 2009

MURTAD

"Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. KesAisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut pegua mbela kes ini
Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari
Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita
Zulkifli Nordin.
Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .

Butir asal permohonan......

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!!
Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.
Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Sya zan i bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.

2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.

Apalah dosa a nak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita.
Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492 . kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao . Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu.

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi.
Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. "Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.


by fatin syuhada

Rubik's Cube....HARAM???

"Hah...btul ke rubik's cube ni haram tuk dimainkan??" Ana trkejut tatkala mndgr berita trsbt..hrmm...sblm ni, ana ada dgr yg rubik's ni mnjd brg kwln di skola ana...klu x silap ana..swktu Ustaz Zaini msuk ke dlm klas ana utk ajar sbjek kgmrn beliau iaitu Bhsa Arab...beliau ada mgatakan bhwa cube itu akn jd brg kwln...ana rasa pd hari trsbt...hmpir stiap btch di skola ana dr form 1 smpilah form 6 ats sdh mula fanatik trhdp prmainan ini...urmm..pd masa itu juga, ana sbnrnya sdg mplajari formula utk slsaikan cube trsbt (not master yet at that time..) sng citer..ana juga trmasuk antara org yg fanatik trhdp prmainan ini...jd, ana agak trkjut tatkala mndgr kata2 ustaz itu..hrmm..ana trfikir apakah sbbnya ustaz mngwl brg trsbt?? kmdian, ustaz brkata lg bhwa ada pljr junior leka main cube itu wktu p&p brjln...haa..dr situ ana dh tahu sbbnya..ana pun trimalah kata2 ustaz tu..then,ana smpaikan pd yg lain..mrka tnya ana balik.."Knapa jd brg kwln fiza?? Bukan bnda haram pun kan??"..ni antara soalan2 yg diajukan pd ana...hrmm,ana bgtahu pd mrka mmg bnda ni x haram pun(pd wktu tu
je) dan ana citerkan balik kpd mrka apa yg ustaz ckpkan...then,mrka pun fhm...hari2 trus brlalu sprti biasa...dan pd suatu hari,ada junior bgtahu pd ana.."Kak,ada cikgu dh rampas cube
dak **** kt dlm klas" "Owh, ye ke??..knapa jd mcm tu?" luah ana..junior tu smbung lg,"Ntahlah kak...saya pun x tahu..tpi cikgu tu ckp cube tu jd brg haram kt skola..." ana sgt trkjut mndgr kata junior tu...(yelah..ana kan org yg fanatik trhdp prmainan tu)...ana tngkan diri dan brkata "Psti ada sbb knapa jd mcm tu.." junior tu pun stuju dgn ana...kmdian,pd satu hari kt skola..ada kwn sklas dgn ana bwa cube tu ke klas..dan ada seorg cikgu trnmpk dan beliau bgtahu yg cube tu bnda haram kt skola...wktu tu ana pelik sbb sblm ni cube tu brg kwln tpi dh jd brg haram...ana rasa mngkin sbb trlalu ramai pljr dh fanatik trhdp cube ni...dan makin ramai yg leka brmain...haa..ana rasa sbb leka brmainlah cikgu2 haramkan prmainan trsbut...oklah,cukup stkt ini shja citernya...hrmm,ana psti siapa yg baca ni akn nmpk 'moral of the story' ni kan??biarlah bnda dh brlaku...kita xde kuasa nk undurkan balik..utk prbetulkan semua prkara..tetapi ana yakin psti ada hikmah disebaliknya apabila brlaku sesuatu yg x diingini...dan
Allah berfirman:

' Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..'
(Surah Al-Baqarah,ayat 216)

Ayat di ats ni...mmberi ksdrn pd ana utk krgkan rasa fanatik brmain cube trsbut...baiklah,cukup smpai di sini dulu prkongsian drpd ana...bg sesiapa yg brmain cube ni truskan sbb ia mmpu mnjana minda anda utk brfikir tetapi...jgn smpai TERLEKA ibadah, makan minum dan kerja anda...sekian,wassalam..:)


:::by afiza:::

p/s: Jika anda inginkan maklumat tntg rubik's cube

November 29, 2009

PLEASE LISTEN.....




when i ask you to listen to me
and you start giving me advice
you have not done what i asked

when i ask you to listen to me
and you begin to tell me why
i should not feel that way,
you are trampling my feelings

when i ask you to listen to me
and you feel you have to do something
to solve my problem
you have failed me
strange as that may seem
listen! all i ask is that you listen
don't talk or do
just hear me



by fatin syuhada

LUAHAN SI LEMBU...

November 27, 2009

~ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ~


Assalamualaikum...ana rasa semua sdh sedia maklum bhwa hari ini merupakan hari yg mulia bg seluruh umat Islam di muka bumi ini..yakni Hari Raya Aidiladha..tpi dlm bhsa kampungnya ialah hari raya korban (ye ke dlm bhsa kg?? ana pun x psti...hehehe) tpi xpe yg pnting semua org akn fhm...hrmm,knapa dipngil hari raya korban?? ape yg nk dikorbankan?? haa...ana trlupa nk bgtahu hari raya korban ini mmpunyai sejarah trsendiri iaitu utk memgingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anknya, Nabi Ismail a.s...ana rase semua sdh tahu ape yg brlaku dlm kisah ini bukan?? baiklah...ana truskan lagi..hrmm..klu dilihat pd masa skrg di Malaysia, binatang an'am atau brkaki empat yg sering dijdkan korban ialah lembu ttpi ade juga yg gunakan kmbing.. sbnrnya, guna apa2 jenis haiwan yg brkaki empat pun x kisah ttpi mstilah ikut syarat2 sah korban...haa,apa mksd korban tu?? korban brmksd mnymbelih binatang trtentu pd Hari Raya Aidiladha dan hari2 tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah dgn tujuan utk bribadah atau mndekatkan diri kpd Allah...hukum korban ni sunat muakad iaitu sunat yg dituntut..ttpi bg org yg brnazar,hukum korban mnjd wajib bgnya...klu diperhatikan dgn btul2 mmg ada byk hikmahnya dilaksanakan perayaan ini..hrmm,ana trtnya2 juga knapa tahun ini korban x dibuat(di kwsn rumah ana)...sbb kebiasaannya dpn rumah ana dh ada lembu2 dua hari atau sehari sblm hari raya ini tiba..jd,ana pun tnyalah ibu ana knapa jd begitu..ibu ana bgtahu "Tahun ini hari raya aidiladha jatuh pd hari Jumaat...org2 lelaki akn pergi solat Jumaat jd susah sikit..tapi mungkin akn dibuat pd hari yg seterusnya..",haa..begitulah kata2 drpd ibu ana...hrmm,ana x psti pula mcm mana di kwsn2 yg lain...sama ada sama mcm di kwsn ana atau tidak..x mengapalah yg pnting psti brkumandang azan raya pd pg td...hrmm,ana rasa cukup setakat ini dulu drpd ana...wassalam..:)


~By Afiza~

p/s:Ana dan Fatin ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidiladha' buat semua yg
mengenali diri kami.

November 25, 2009

~Warkah Berlagu Buat Sahabat2~

Assalamualaikum w.b.t. buat para pembaca yg setia mengikuti blog ni..hrmm, knapa ana menulis tajuk warkah berlagu??...sbbnya ana ingin menulis entry hari ni mengenai sebuah lagu yg memberi makna yg mendalam buat sahabat2 ana...sbnrnya lagu ni sudah acapkali dimainkan di skola...terutamanya pd waktu ptg bg muslimat..mungkin ade dlm klngan sahabat ana ni sudah tahu lagu trsbt..tapi x mengapalah..tujuan ana di sini bknlaa ingin memberi kebosanan kpd sahabat2 ttpi ingin bersama2 menghayati bait2 lagu ni...hayatilah..

Brothers - Satu Perjuangan

Syukur pada yg Esa,
Rahmat pemberianNya,
Persaudaraan,
Keharmonian.

Jalinkan kasih sayang,
Hulurkanlah bantuan,
Kepada yg memerlukannya.

Mari kita bina,
Satu ummah maju jaya,
Mula diri, keluarga,
Sahabat, masyarakat dan negara.

c/o:Dengan satu perjuangan,
Satu arah tujuan,
Dibawah rahmat yg Esa,
Kita melangkah seiringan,
Satu perjuangan.


Ulang dr mula dan c/o skali.

Rintangan pasti melanda,
Jangan undur walau selangkah,
Teruskan perjuangan,
Hingga ke akhirnya,
Andai kau gugur,
Andai kau syahid,
Kau diredhai-Nya.

Dengan satu perjuangan,
Satu arah tujuan,
Dibawah rahmat yg Esa,
Kita melangkah seiringan,
Satu perjuangan.....(2x)

Kita melangkah seiringan,
Satu perjuangan....(2x)


Cukuplah setakat ini dahulu drpd ana...hrp semua yg membacanya dpt mengambil sedikit sebyk iktibar drpd lagu trsbt..buat sahabat2 seperjuangan ana..lagu ni ana tujukan khas utk antum dan antunna...sekian, wassalam..:)

By Afiza...