February 27, 2010

MUHAMMAD MENGAJAR MEYANTUNI MANUSIA



Stanley Lane Poole berkata,"terhimpun dalam diri (muhammad) sifat lemah lembut dan gagah berani sehingga seseorang yang cuba menilainya akhirnya akan mengaguminya dan mengasihinya.Beliau seorang yang sanggup berdepan den
gan kemarahan kaumnya.Beliau juga tidak mudah melepaskan tangannya ketika bersalaman.Beliau mengasihi kanak-kanak dan sentiasa melemparkan senyuman di samping menuturkan kata-kata yang mulia kepada mereka.Persahabatannya tulus, sikap pumurah,keberanian dan kecekalan yang ada padanya , semua ini mencairkan kritikan dan sebaliknya melahirkan keka
guman"

(dalam the speech and table talk of Prophet Muhammad)



Assalammualaikum kepada pembaca blog yang tak seberapa nih..

saya bebitu tertarik dengan potongan kata yang saya peroleh dari sebuah buku...yang mana ia jelas menunjukkan keindahan keperibadian Muhammad, kekasih awal dan akhir bagi orang yang benar- benar menyintainya... Apa yang pasti kata- kata ni datangnya dari mulut mereka yang bukan islam yang mana begitu mengagumi pesuruh Allah ini..namun bukanlah itu yang menjadi fokus penulisan saya ..

yang benar menarik pandangan ini ialah apa yang saya boldkan dan perkaitannya dengan MUHAMMAD MENGAJAR MENYANTUNI MANUSIA....dan ia juga secara tidak langsung menyingkap kepimpinan Rasullulah...

kepimpinan yang dibawa dalam diri insan yang tersangat mulia ni adalah kepimpinan yang sanagt natural..Nabi Muhammad memimpin seiring dengan ilmu, amal , nilai akhlak yang tinggi serta roh islam itu sendiri yang mana kalau kita lihat kepimpinan sebeginilah yang semakin malap..jika dilihat ,pemimpin masa kini tak kira di mana pun peringkat sama ada dari sekecil-kecil iaitu di sekolah banyak yang mengamalkan "cakap tak serupa bikin"

sementara itu, nabi mengajar kita menyantuni manusia dengan penuh hikmah , lemah lembut kerana memang secara fitrahnya manusia itu akan tertarik pada mereka yang memberinya keselesaan dan kepercayaan...oleh itu sebaiknya yang diajar oleh Baginda ialah memberi nasihat mula dari hati..

Nabi s.a.w bersadba :

ما من أمير يلي أمور المسلمين ثم لا يجهد لهم وينصح لهم إلا لم يدخل معهم الجنة

Ertinya : Tiada seorang ketua yang memimpin orang bawahannya dari kalangan Muslimin kemudian dia tidak berusaha bersungguh dalam untuk kebajikan mereka dan tidak memberi nasihat (kepada Islam), kecuali pemimpin ini tidak memasuki syurga ( Riwayat Muslim)

Atau dalam riwayat lain disebut hukumannya sebagai

فلم يحطها بنصحه لم يجد رائحة الجنة

Ertinya : dan apabila mereka tidak menasihatkan rakyatnya dengan nasihat kebaikan, nescaya diharamkan baginya bauan syurga (amat jauh dari syurga sehingga bauannya pun tidak diperoelhi apatah lagi syurga itu sendiri)


inilah yang nabi ajar iaitu, kepimpinan yang meyantuni manusia..pernah suatu ketika dahulu,mengikut Imam Abu Daud dan Tarmizi, seorang lelaki datang dan menemui Rasullulah,"ya Rasulullah berapa kalikah sehari kami patut maafkan orang -orang suruhan kami?"Nabi diam.Lelaki itu bertanya lagi soalan yang sama.Nabi seterusnya diam. Lelaki itu bertanya lagi bagi kali ketiganya. ketika itu Nabi menjawab,"Maafkanlah dia sebanyak 70 kali setiap kali."
Cara nabi menjawab soalan ini menunjukkan ada kalanya kita perlu menghukum orang-orang bawahan, namun begitu, yang perlu diutamakan adalah memberi maaf.



oleh itu, saatnya , kita mengambil kepimpinan dan keperibadian Muhammad yang mengajar kita menyantuni manusia setiap masa..Amalkanlah dan hidupkanlah sunnahnya.....semaikanlah rasa cinta dan sayang kita dengan berselawat sebanyaknya kepada orang yang paling banya berselawat kepadanya akan berada paling hampir dengan Rasullullah dan segala permintaanya akan dikabulkan kelak di akhirat..insya-Allah


by fatin syuhada

2 comments:

siti fatihah mohd ali said...

sayangnya tak semua mencintai Muhammad. Mereka lebih mencintai orang teman istimewa.

Fatin Syuhada wa Afiza said...

benar2..sedangkan kita yang lebih rendah martabatnya dari sepatu rasullulah ni tetap diingati rasullulah dalam saatnya wafat