December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009..Selamat Datang 2010...

Selamat Tahun Baru buat semua...brlalu sdh tahun 2009 yg mgkin pnuh dgn kenangan manis mahupun pahit...trpulang pd diri msing2...prkara yg buruk pd tahun 2009 itu biarlah ia brlalu....
let bygone be bygone...ttpi prlulah kita mgmbil iktibar drpd pristiwa trsbut bukan?
bljr drpd pristiwa yg lalu mrupakn slh satu cara utk kita mmprbaiki diri kita utk mnjd lbh baik..
haa...buat shbt2 ana tgktn 4 ni...igtlah sdh tamatnya zaman 'honeymoon' antum...
skrg bknlah masanya kita nk brmain2 lg..

ayuh! bngun dan sedarlah diri antum...pd tahun bru ini yakni 2010...
antum dh mnjd antara pljr yg pling senior...bila dh jd senior, fikiran kenalah matang malah
prngai prlulah sprti org dewasa...buat kputusan pula mstilah dgn bijak.
kita semua prlu mnjd cnth yg trbaik utk adik2 kita nnti...sbb kita adlh kakak2 dan abng2 mrka di sekolah dn pstinya mrka akn sntiasa mrujuk kpd kita...dn boleh jd mrka akn ikut tlunjuk kita.

oleh itu..kita kena pstikan yg adik2 kita ni akn ikut cnth prngai yg baik2 spya keadaan sekolah pd masa akn dtg tidak brtmbh teruk...ianya tidak cukup dgn hnya mngatakn "Jngan buat prangai yg x elok mcm kakak/abng tu." tetapi kita tetap mlakuknnya...igtlah firman Allah, ayat 3 dlm surah As-Saff...ana yakin bhwa shbt2 skalian psti sdh tahu apa mksdnya kan?

slain itu, kita kenalah saling mnegur shbt2 kita...sbb kita adlh manusia yg x akn lari dr kesilapn
dn shbt2 prlulah brlpng dada dn bljr mnerima tguran srta pndpt org lain..
haa, prkara ini sdh mnjd peranan kita sblm mninggalkn sekolah...dn igtlah stiap prkara yg baik kita lakukan...Allah telah mnjnjikn kita ganjaran yg kita sndiri x tahu berapa byknya...
pd tahun trakhir ini jugalah...kita prlu byk mmberi sumbangan kpd sekolah agr
jasa kita akn sntiasa dikenang oleh guru2...bukankah hati kita akn mnjd tng apbila guru2 gmbira mlihat kjayaan kita?
aiwah,prkara yg pling pnting skali ialah kita akn mnghdpi ppriksaan awam iaitu SPM...
bg adik2 ana yg akn naik ke tgktn 3...brsedialah utk ppriksaan PMR...
ayuh..kita brsama2 brusaha dgn brsungguh2...krna kejayaan itu dtg dgn usaha kita bknnya scra tiba2..bak kata guru2 'Kejayaan itu berada dlm gengaman kita sndiri'
jd..diri kita sndiri yg mnentukn kjyaan kita..

shbt2 ana skalian...sedarlah peranan kita pd tahun 2010 ini sdh brtmbh...
tpi ia x brmakna ia akn mmbebankn antum...skiranya antum bkrjasama dn brsatu fikrah...
insyaAllah, x akn timbulnya prselisihan fhm antara kita...
buat shbt2...SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN SPM!!
dn pd tahun yg bru ini...
jom kita sama2 mlakukan satu prubahn yg baik utk diri dn sekolah yg kita syngi...
disrtakn skali dgn niat yg suci iaitu kerana Allah..
wasalam.


::by afiza::

December 21, 2009

PEJUANGKAH KITA???

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
karenah isteri tidak engkau tahan
Engkau ingin berjuang
rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang
anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
pandangan tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan




by fatin syuhada

December 19, 2009

Kisah: Di Mana Bahagia?

Assalamualaikum buat pembaca2 blog ini...urmm, ana rasa sudah sekian lama ana tidak menulis entry untuk blog...maaf bagi yg setia membaca entry2 dlm blog ini...sbnrnya ana tiada idea untuk menulis apa2 sblm ini...tetapi pd hari ini...ana ingin brkongsi sebuah kisah yg mungkin boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk kita brsama..

Baiklah, kisah ini bermula di sebuah tempat di mana suami isteri tinggal brsama2 di sebuah rumah..dan pd suatu hari...

Si suami itu marah kepada isterinya dan dengan segera mengancam isterinya,
"Aku akan lenyapkan kebahagiaanmu."
Si isteri menjawab dengan tenang, "Anda tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana anda tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadaku."

Si suami pula bertanya, "Mengapa aku tidak mampu melenyapkan kebahagiaanmu?"
Si isteri menjawab dengan penuh keyakinan, "Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam perbelanjaan, tentu kamu akan mampu menghilangkannya. Dan kalau terletak
dalam pakaian dan perhiasan, tentu dapat kamu kuasai, baik kamu sendiri ataupun orang lain."

Si suami tadi bertanya dengan penuh kehairanan, "Di manakah kebahagiaanmu?"
Si isteri pun menjawab dengan penuh keyakinan, "Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku. Dan imanku itu ada di dalam hatiku. Tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku selain Allah SWT."

Haa...apa yg terjadi kpd si suami trsbut? Sudah tentu si suami itu berasa insaf stlh mndgr bicara drpd isterinya yg bgitu kuat imannya trhdp Allah...

Subhanallah...bgitu solehahnya isteri trsbut kan? Ana nk bgtahu bhwa kisah di ats ini dipetik drpd Iman dan Kehidupan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi. Ana yakin bhwa psti semua tahu tntg Dr. Yusuf ini...urmm, brbalik kpd yg td..ana rasa pd zaman skrg bkn sng hndk jumpa org yg mmpunyai akidah yg mntap sprti si isteri td...lbh2 lagi kita semua ialah umat akhir zaman...
dan pngruh ke arh prkara2 yg mnyesatkan smkin brleluasa...
iman dlm diri juga sering diuji...manakala kiamat pula smakin hmpir..
ttpi... kita semua x tahu bila akan tibanya wktu itu...

Scra realitinya, byk tnda2 awal kiamat sdh brlaku...
ana yakin psti semua sdh tahu...
lihatlah org2 di sekeliling kita skrg...mcm2 kjadian brlaku...
sprti dlm hadith Rasulullah mngenai pmberitahuan baginda kpd shbt2nya tntg kejadian yg akn brlaku kpd golongan manusia akhir zaman..

Aiwah, ana bru mnerima satu mesej drpd shbt ana tntg satu prkiraan mngenai
bulan Ramadhan pd tahun 2012....baiklah, mesejnya adlh sprti brikut:
"1 Ramadhan pd tahun 2012 akn jatuh pd 20 Julai, hari Jumaat, pd
3 Ogos 2012 brsamaan 15 Ramadhan juga jatuh pd hari Jumaat. Prkara ini sama dgn hadith Nabi mngenai huru hara bsr yg akn jd pd tgh mlm prtengahan bln Ramadhan iaitu
15 Ramadhan di bumi ini yg akn mngejutkan semua org yg sdg tidur...
yakni satu suara yg amat dahsyat akn kita dgr di lngit,
bkn kiamat tpi huru hara trsbut akn mlenyapkn umat manusia
di muka bumi ini sbyk 2/3...yg tinggal cuma 1/3 shja.

NASA Amerika ada bgtahu pd 21/12/2012...planet X akn lintasi di bumi ini....
Adakah kita semua ini trgolong dlm 1/3 itu??" Waallahualam...ana sndiri pun x psti tntg kesahihan msj ini...dn kita x tahu apa yg akn trjd pd masa akn dtg...
ttpi ia sama sprti apa yg ana ckpkan td...kiamat smkin hmpir...

Oleh itu...ayuh shbt2 sekalian!! Sama2 lah kita mmprbaiki diri kita yg x prnh
lari dr ksilapan ini agr mnjd lbh baik dr yg sblmnya...biarlah org lain kata kita hipokrit atau apa2 shja...tpi ingat!! smgt utk istiqamah dn brhijrah itu prlu ada spya kita x akn kecundang nnti...
dn Allah sntiasa brsama kita x kira ssh atau sng...
InsyaAllah...Allah akn bntu hmba2nya yg briman...
agar mmperoleh kjayaan...^_^

Cukuplah stkat ini dahulu drpd ana yg x sbrapa ini...nasihat ana di ats khususnya utk diri ana sndiri dn amnya kpd shbt2 sekalian...sgala ksilapan ana harap dimaafi..

Sekiranya ada kekeliruan atau ksilapan di dlm entry ana pd kali ini...harap dimaklumkan
spya ana tahu apa yg salah... krn ana juga seorg manusia yg sering mlakukan
ksilapan tnpa ana sedari...sekian.

ALLAHUAKBAR!!!


::by afiza::

December 18, 2009

ANDA PEDULI KER?

salam maal hijrah buat rantaian besi para mujahid wa mujahidah yang tak henti menulis demi islam.begitulah jiwa anak muda sekarang ,kental tapi bukan kenyal.membara- bara jiwanya untuk panji Allah jua.namun, perlu ingat kita ini tetaplah jua seorang hamba di sisiNya.



anda peduli si anak kecil ini? untuk apa?
kerana untuk pengetahuan anda si anak kecil sudah tidak terjamin lagi suasana persekitarannya.siapa tahu mungkin anak kecil sekarang dibesarkan dalam environment soleh tetapi mungkin juga dalam suasana penuh hiburan. maklumlah, sekarang lagu dan dialog si artis yang dihafal. lagipun tak lamakan temuduga TOMTOMBAK..wah, berderet laa mak bapak yang nak hantar anak jadi wira kat sana...wira di pentas...







anda peduli ker diorang ni?
sebenarnya baru2 saya telah pergi ke sebuah shopping mall . andai kata kalau saya buat statistik
la dah tentu hasil daripada statistik itu 85% remaja yang berkuku 1 1/2 inci, berpakaian 50% potongan kain dan 93% kebebasan untuk berpegangan tangan serta seangkatannya.
yer...demokrasi betul negara kita ni yer..
baru2 ni juga beberapa berita siri remaja merogol dan dirogol kembali mendapat perhatian ..mana taknyer, pesta seks dah macam aktiviti persatuan...sedangkan si bapak pun makan anak...susah nak percaya orang sekarang.dah tak de yang melindungi kalau adapun sangat susah ditemui.

akhirnya nanti jadilah macam nih..


ya Allah, selamatkan remaja kami.. selamatkan kami dan mereka






anda peduli akan kejadian nih?
"eh, benda ni jadi sebab dia yang derhaka bukan aku, aku ni anak emak..lagipun, cukupla aku sebar sebar benda ni asal orang dapat tahu sudah"
kalau macam ni laa mentaliti rakyat 1 malaysia sekarang , jawab nya tunggang langgang ....kalu difikirkan bagaimana untuk kita mengurangkan kejadian seperti ni? jawabnya

" seorang anak itu, tak dapat untuk menjadi seorang anak yang soleh,
sebab ibu bapanya tak pernah nak ajar anak tu, macam mana nak jadi anak yang soleh.."
maka di sinilah peranan ibu bapa bermula, didik lah, prihatinlah dengan mereka







anda peduli?
mungkin anda peduli tapi yang lain?
washington tidak mahu bekerjasama secara global dalam menangani isu ni walhal negara ini merupakan negara yang paling banyak menyumbang kepada global warming...sayang..ini negara maju dan canggih tapi masih tak berdaya menbuka mata dan telinga untuk mendengar suara bumi...

jika hendak disenaraikan tentu berlambak pula yang nak di postkan, tapi ni adalah sebahagian sahaja...namun, saya tak lupa masih ada yang peduli di luar sana .saya yakin ramai lagi yang giat usaha untuk bantu anak muda masa kini, kempen selamatkan bumi, kem bina diri supara sesama kita ni tak de yang lupa diri.

contoh mereka yang berjiwa besar ni macam nilah..





jadi untuk mereka yang sedang berjuang membantu islam teruskan perjuangan .
walau yang kita mahukan tak dapat di dunia tapi di akhirat kelak..mintalah


by fatinsyuhada

December 10, 2009

perkongsian pendapat


"kita kembali dari jihad yang kecil (untuk menuju kepada) jihad yang paling besar,"para sahabat bertanya,"wahai Rasullulah, apakah jihad yang paling besar itu?"jawab baginda,"jihad melawan nafsu"-hadis nabi

selesai ceramah ustaz,aku terfikirbetapa susahnya untuk melawan nafsu diri..disebabkan nafsu dirilah, masih ramai lagi di luar sana ya
ng sanggup bekerja tetap sebagai mat rempit, masih memperbodohkan rakyat, menyekat sistem pembelajaran ..sayang, tak terfikir ke ramai yang sudah bijak menilai dan memberi pandangan tentang apa yang sedang hangat di malaysia ni.tak perlu saya jelaskan...yang penting, saya bersyukur kerana dengan izinNya jualah kita hidup aman.Tapi ingat! hanya pada Allah tempat kita bersyukur dan kita berterima kasih pada kerajaan ..jangan terbalik pula.

saat saya sedang menulis untuk post ni, ibuku pula sedang memberi penerangan kesihatan tentang bahayanya "pemakanan main sedut tanpa tapis" kepada adik 2 ku..kagum saya pada ibu tercinta..

aiwah, ingin saya berkongsi sedikit pendapat tentang keadaan malaysia yang tercinta ni yang saya lihat makin mengelirukan ...saya tidak akan mengikut mana pihak tanpa usul periksa.tidak taklid semata2

teringat saya pada As Syeikh Hassan an Nadwi dalam bukunya ada merumuskan punca2 kejatuhan islam sekarang
1. kepimpinan berpindah kepa
da orang yang tidak layak.
persoalannya hari ni, adakah kita benar2 memahami apakah syarat kelayakan untuk
menjadi seorang pemimpin yang mana turut digelar khalifah ini? dan apakah kita boleh
bezakan sama ada pimpinan jatuh pada yang layak atau sebaliknya?

2.politik dipisahkan dari agam
a..
soal ini telah disebutkan dalam aQ, Allah melaknat mereka yang memisahkan politik dengan
agama.namun, adakah hari ni, kita faham dengan apa yang dimaksudkan memisahkan politik
dengan agama?senang jer, bukti dah banyak, ambil part dalam agama yang untung ,tinggalkan yang rugi dan yang di anggap kolot..pening kepala saya..

3.pemimpin dan para penguasa MUSLIM menunjukkan contoh yang buruk?
ingat, kami nampak kamu minum a***, kami tengok kamu pergi mana? kami tak buta teknologi,masakan kamu boleh memperbodohkan kami?

4.para ilmuan islam gagal kembangkan ilmu
mana tak nyer, mufti cakap, tegur tak nak dengar..siap sound si mufti...aiya, sudah gila lawan cakap orang yang menegakkan agama walhal benda yang dicakapkan itu untuk islam.

5. timbul bid'ah dan kesesatan dalam dunia islam?
ini soal kes rasul melayu, kontrak keluar dan masuk islam dan banyak lagi yang sering
dipandang sebelah mata


segala yang ulama tafsirkan itu benar dan sudah terjadi...jangan kita fikir ala ini isu bapak2 kat parlimen sana, buat a[pa nak masuk campur? bukan macam tu, kita sebagai orang yang faham agama mesti tahu benda ni, mari, mari jadikan malaysia ini sebagai sebuat negara islam yang benar islamnya..hingga saat itu nanti tak perlulah pemumpin menyanyi bergembira un tuk kebajikan rakyat...

remaja!!!

bangun, kita generasi hebat walaupun kita tak minum pati ayam brands..
ingat , isu2 begini mesti sensitif...bersamala kita kawal sedikit rasa lemah gemalai tarian cinta dunia remaja..bukan bunuh rasa itu, nanti kita jadi syaitan y
ang bertopengkan manusia yang tak punya rasa cinta dan sayang tetapi yang penting kawal dan jangan alpa..tegarkan dirimu!buang mentaliti inferiormu.. mulakan dengan langkah yang kecil dan perlahan2.
seperkara lagi para sahabat,
saya menyeru khususnya kepada diri saya dan umumnya untuk para sahabat ..marilah kita menjadi remaja yang berjiwa besar.bagaimana yang dikatakan dengan berjiwa besar?
dan apa pentingnya berjiwa besar?
iaitu,menjadi lebih matang.banyakkan berfikir soal2 yang dapat mendatangkan faedah dan berkorban untuk sesuatu kebaikan.

"takutlah kepada orang mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan jalan Allah"

berikut ditegaskan dalam hadis nabi, seandainya semua pihak dan individu memahami hadis ni sebaiknya maka hari ni tak perlu kita risau dengan pimpinan sekarang.
persoalannya, apakah pimpinan sekarang menghayatinya?


mungkin takkan ada yang sudi membaca post ni kerana hasilnya daripada saya yang masih mentah atau mungkin sekadar sepintas lalu...namun, bukan itu soalnya. kerana saya percaya, lebih penting menyampaikan dakwah kepada ahli jemaah sendiri terutama untuk mereka yang tak lagi kenal dengan keindahan islam....begitulah pesan naqibahku..

akhir kata,




by fatin syuhada

December 2, 2009

MUNAJAT SEORANG HAMBA

di kala malam yang sunyi sepi
seorang bani insan tenggelam
dalam tidur dan mimpi
musafir yang malang ini
tersentak bangun pergi membasuh diri
untuk menghadapMu Tuhanku

lemah lutut berdiri di hadapanMu
sedu sedan tangisku keharuan
hamba yng lemah serta hina ini
Engkau terima jua mendekati
bersimpuh di bawah duli kebesaranMu

Tuhan
hamba tidak pasti
Bagaimana penerimaanMu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan
noda ini

dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku
Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan
dan Muhammad RasulMu yang mulia itu
pernah mengatakan:
" ampunan Tuhan lebih besar daripada kesalahan insan"
hamba percaya pada tutur kepastian itu

sebab itu hamba datang, wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu padaMu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah
maghrifah dan muthmainah

syair dari IMAM BUKHARI


berderai juga empangan air mata yang cuba ditahan tatkala kumembaca puisi ini
sejenak aku terfikir
mana letaknya aku di sisi Tuhanku kelak
terasa kotornya diri ini, hina dan jahil
masihkah aku ingin meninggi diri??
sedangkan imam yang mulia ini menzahirkan kehambaannya dengan merendahkan diri
inikan insan yang sangat sangat biasa ini
yang di tiup angin pun mudah rebah
Allah.....
ampunkan hamba
andai leka
dengan kerja entah apalah sumbangannya pada Islam
mungkin tak berfaedah langsung!
astaghfirrullah halazim....



by fatin syuhada