November 20, 2009

BUDAYA ATAU GAYA???


salam ukhuwah buat para sahabat yang tegar berjuang dalam masa yang sama terus membaiki diri, meluaskan mentaliti minda ,menjadi optimis dan insya Allah ,menjadi remaja muslim bertaraf global..ameen

baru2 ni seorang kenalan terdekat ana bertanya kepada ana, kenapa mesti ada peraturan2 kat sekolah?kenapa x boleh bawa barang haram? kenapa kitaorang mesti pakai tudung labuh kat sekolah, walhal islam kata asalkan tutup dada dahlaa... bua
t apa nak over2?apasal x boleh buat ni...buat tu..?habisla gaya kami terbatas..

ana terdiam ..fikir sekejap ..naper tanya camtu?
yelah....kitaorag ni dah bosan be
nda2 macamni

sahabat2, ni lah yang kita kena faham..peraturan yang ada kat sekolah shams itu sebenarnya adalah satu budaya shams, yang mana kalau kita tengok jer budaya ni.. terus kita tahu ni shams..kita ambil contoh, kenapa tak boleh pakai seluar jeans kat shams walhal seluar tu tak der pun keluar fatwa haram? naper sekolah tak benarkan?

ok, kat sini kena faham sekolah nak ajar kita ,pakai seluar jeans tu bukan imej shams, bukan satu budaya islam di shams..tapi kat luar kalau nak pakai terpulang..budaya yang ada kat shams ni sebenarnya tak lain tak bukan hanya nak mendidik anak2 remaja shams yang inilah budaya islam di shams,so jangan buat di shams..pakailah sopan untuk imej islam...itu yang sekolah nak bawa..

soal tudung pula di bangkitkan....
ok , kalau macam kenapa kalau kat sekolah mmg kita dah pakai tudung labuhkan tapi kalau kat luar tu suka hati kita orang laa nak pakai apa ..apasal kitaorang macam kena drop jer kalau ada
budak shams lain yang nampak ?
baik....isunya di sini ialah pemakaian tudung labuh...
sahabat, bukan kita nak cakap kat sini yang siapa yang bertudung labuh itu syurga dan sebaliknya, tetapi apa yang kita nak dalam shams ni antum dididik mema
kai tudung labuh supaya kita tahu ,bia'ah kat shams ni mesti pakai tudung labuh, kita nak wujudkan biah solehah...biah solehah nilah nanti akhirnya sebagai pendinding
buat warga
shams sendiri kat luar sana


bagi pendapat ana, soal budaya shams tak perlu diamalkan kat luar ni tak sepatutnya timbul..ana akui itu hak kebebasan antum apabila di luar nanti..cuma apa yang kita perlu faham ialah budaya atau biah solehah di shams ni lah yang kita nak wujudkan pada masyarakat di luar sana...kita nak masyarakat nampak produk keluaran shams ada imej sendiri, momentum sendiri bila di luar..benda ni semua terhasil daripada didikan biah selohah di shams tadi..

jadi, janganlah salahkan peraturan sekolah itu sendiri kerana peraturan itu adakan suatu modus operandi untuk wujudkan biah solehah di shams yang mana biah solehah itu nanti boleh kita bawa pada masyarakat luar...paling penting biah solehah kat shams sebenarnya tidak pernah menghalang gaya hidup antum di luar tapi ia sebenarnya membentuk gaya hidup antum kat luar..

ini hanya lah perkongsian pendapat ana yang terlalu dhaif ni jika nak dibandingkan dengan antum..wallahu a'lam

by fatin syuhada

No comments: