August 14, 2009

AL FATIHAH UNTUKNYA............


Assalamualaikum wbt buat sahabat2 yang dikasihi kerana Allah.Salam selawat buat sang pencinta yang tidak pernah putus dalam membawa agama Allah,Rasulullah saw........

Salam takziah dari ana buat sahabat ana,Nazrin Hamka yang baru kehilangan ibu tercinta pada Khamis yang lalu.Memang berat menanggung rasa sebuah kehilangan terutamanya bonda tercinta yang telah bersama kita 9 bulan lebih awal berbanding orang lain.Namun ketetapan itu telah pun tertulis dalam takdir hidup ini.Pasti di penghujungnya nanti kita akan nampak sebuah hikmah yang ingin Allah tunjukkan dan kongsikan kepada kita sebagai sebuah renungan...Semoga Allah memberikan Nazrin sekeluarga kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian ini.Insya-Allah..Tiada apa yg dapat mengubah yang terjadi sungguh pun kita meratapi..Yang penting, hadiah Al Fatihah dan bacaan Yaasin dari keluarga tercinta pasti akan menjadi sesuatu yang ditunggu tunggu oleh almarhumah..Oleh itu,marilah kita bersama2 berdoa agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang 2 yang terpilih.Ameen...

1 comment:

Afiza said...

salam...terima kasih atin sbb wat catatan tntg Nazrin ni. Fiza igt nk wat tpi atin dh wat dulu. Fiza x kisah pun..anyway, semoga Nazrin tabah mnghadapi dugaan dan cabaran ini. Sesungguhnya Allah menyayangi hambaNya dengan menguji keimanan trhdpNya...