August 21, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!!!!



Ya..begitulah bunyi tajuk catatan kali ini.Ana takkan bercerita tentang keistimewaan ramadan kerana ana sedia tahu ramai yang maklum akan hal ini..Rasanya memang tak lambat untuk ana ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA pada sahabat2 seperjuangan dan semua kenalan...moga2 bulan ini akan menjadi pentarbiyah kita supaya kita terus membaiki diri yang jahil.....ameen

cuma..apa yang penting kita mesti bijak untuk rebut semua barakah2 yang ada dalam bulan ini...Tidak dapat dinafikan jika di Malaysia,bulan ramadan ini ibarat bulan untuk keluarkan duit untuk benda2 yang kurang penting...ana pasti ramai di kalangan kita yang bilamana nak berbuka jer berlambak menu yang ada dalam otak dari yang berkuah hingga yang x berkuah!!Masya Allah banyak benor nikmat Allah pada kita tapi janganlah sampai macam tuh..Tak pun bila nak pilih baju raya, uishh kedai tu dah macam rumah kedua..yelah rambang mata nak pilih baju al maklumlah sekarang kan banyak sgt fesyen dari yang berjenama dato' hinggalah ke saper2 tah...Dan satu lagi yang ana pelik naper kat malaysia ni bila raya jer semau perabot tukar baru?? satu keperluan ker??

Berbanding dengan negara Islam yang lain terutamanya bagi negara 2 arab sana, mereka tidaklah sebegini rupa bila tiba ramadan .bukan apa,mana yang baik perlu kita ambil kan??Mereka lebih meriah dengan sambutan dan acara2 dan program keagamaan untuk mengisi bulan ramadan..dari selawat,solat dan sebagainya..Mereka juga taklaa begitu mewah sajian bersahur dan berbuka..sederhana..macam yang Rasullulah anjurkan....jadi marilah kita berubah pada ramadan kali ini..begitu banyak bala yang Allah turunkan pada kita pada tahun ini supaya kita ingat...ingat untuk bertaubat...mohon ampun...muhasabah dan baiki diri..so, jadikan lah bulan sebagai madrasah terbaik buat kita berubah..moga2 juga dengan izin Allah kita dipertemukan dengan malam penuh kecintaan ...LAILATUL QADAR ameen....


Beralih topik pada perkembangan sahabat2 perjuang ana, minggu ini kami agak sibuk sebab menguruskan Ihya' Ramadan , program Bicara Tokoh,dan perbincangan tntg renovation dalam organisasi KP....Cuma ana nak tegaskan!! Sahabat2, kita kena ingat ,kita mesti sefikrah sebab matlamat kita satu.Kita nak capai benda yang sama..tujuan kita sama...cuma yang berbeza ialah cara kita menjayakan matlamat itu....itu yang berbeza..Fikrah dan cara berfikir adalah dua benda yang sama tapi tak serupa...Jadi sudi2lah mendengar pendapat dan cadangan sahabat2 lain..Insya Allah...kita boleh bilamana adanya kerjasama untuk menjadikan sesuatu lebih baik....Dan ingat, tiada istilah siapa menang atau kalah sebab kita adalah satu...Ya Allah, berikanlah kami petunjukMu dan bimbinglah kami supaya kami tak jatuh dari landasan perjuangan ini kerana ...telah kami pilih jalanMu...ameen...


No comments: