August 30, 2009

ADA KONTRAK KELUAR ISLAM???

ye...pelik manusia ni..ntah apala yang dipikirkan..

pagi td ana bc sotkaba metro, intipatinya,kumpulan ajaran sesat ni kat kl
menggunakan taktik halus yg kotor dengan bg syarat pd ahli kumpnya yg nak
keluar dr kump ni...iaitu dgn tandattgn surat aku janji yang mengatakan bahawa mereka yg nak keluar dr group sesat ni mengaku yg dah x sanggup nak ikut ajaran al-quran dan As Sunnah..
astagfirullah...dah la dgn hj kahar yg x tertangkap lagi...nak jugak ditambah kump lain ajaran sesat ni...kump ni jugak menggelar ajaran islan yg mereka amalkan ialah islam tulen dan mendakwa ajaran islan di luar sana ialah islam seleweng....
bagi ahli kump yang nak out dr kump ni, ada prosedurnya, kena la pulak mereka2 ni menghadap ahlul bait atau penyelia sblm tanda tgn surat aku janji.....betul la sebuah artikel yang ana bc ....iislam kian terfitnah...bagi mereka2 ni cepat2 la insaf ,sedar ....masih ada peluang bertaubat...sebelum turunnya bala lain dari Allah...


LEMPANG ATAU LEMPENG??

satu petang ana terbaca my space seseorang....ana rasa mcm x larat nak pandang skrin komputer....so, pangdang sebelah mata jer ..tapi x bermakna ana anggap benda itu remeh hingga boleh pandang sebelah mata...jika di tanya apakah perasaan ana pada ketika itu?? ......
fuh...mmg nak bg lempang jer tapi pikir balik.....sabar.....so ana hantar feedback yg berbunyi
"sesungguhnya mati itu lebih dekat dari yang kita jangkakan"....pastu..ana out...sekurang2nya ana bagi lempeng panas buatan tgn ana untuk mrk

bbrp hari lepas tuh, ana saja call seseorg ni...saja nak tanya khabar.....and then, dia ckp...ko tau tak, penuh keinsafan aku bc myspace aku....sebenarnya ana bkn bengang sgt dgn tuan punya my space tuh tp gambar org yang add kat situ...kira 2 in 1...ana buat sbb ana nak tolong mrk sbb ana kenal diorg....

MERDEKA!!!!

ptg jumaat yg lepas ana tgk kuliah...topiknya,apa erti merdeka dari pandangan islam??
syok gak...panel yg dijemput, us, wan sohor bani leman....
betul kata ustaz ...merdeka bukannya dari penjajah jer tapi jugak merdeka dari syaitan and nafsu....mesti boleh kawal diri...dengn tahu beza halal haram,baik salah, dunia akhirat....
remaja skrg ,ana sndri lupa nak hargai semua yg kita blh dapat dgn mudahnya skrang sbb x rasa kena sembelih dgn komunis dulu... klu x, hah dah lama dah berebut2 nak pasang bendera kat sekolah ..

TAK PUAS HATI!!!

sini ana nak komen agar pihak 2 media mcm tv, radio and aapa2 lah...tolonglah sediakan bahan dokumentari yang berfaedah sikit time bilan pose ni...kdg2 bukak tv pg2 tu kuar pulak drama ntah apa2.....yelaa klu blh sediakan mcm org ngaji ker...sejarah islam ker...sirah nabi ker...penderitaan saudara islam kita kat ngra luar saner ker....sedih la pulak bila pikir bulan barakah ni ..jiwa lita x dapat pengisian islam sepenuhnya....





CHECKLIST BENDA YANG PALING PENTING!!


August 21, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!!!!



Ya..begitulah bunyi tajuk catatan kali ini.Ana takkan bercerita tentang keistimewaan ramadan kerana ana sedia tahu ramai yang maklum akan hal ini..Rasanya memang tak lambat untuk ana ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA pada sahabat2 seperjuangan dan semua kenalan...moga2 bulan ini akan menjadi pentarbiyah kita supaya kita terus membaiki diri yang jahil.....ameen

cuma..apa yang penting kita mesti bijak untuk rebut semua barakah2 yang ada dalam bulan ini...Tidak dapat dinafikan jika di Malaysia,bulan ramadan ini ibarat bulan untuk keluarkan duit untuk benda2 yang kurang penting...ana pasti ramai di kalangan kita yang bilamana nak berbuka jer berlambak menu yang ada dalam otak dari yang berkuah hingga yang x berkuah!!Masya Allah banyak benor nikmat Allah pada kita tapi janganlah sampai macam tuh..Tak pun bila nak pilih baju raya, uishh kedai tu dah macam rumah kedua..yelah rambang mata nak pilih baju al maklumlah sekarang kan banyak sgt fesyen dari yang berjenama dato' hinggalah ke saper2 tah...Dan satu lagi yang ana pelik naper kat malaysia ni bila raya jer semau perabot tukar baru?? satu keperluan ker??

Berbanding dengan negara Islam yang lain terutamanya bagi negara 2 arab sana, mereka tidaklah sebegini rupa bila tiba ramadan .bukan apa,mana yang baik perlu kita ambil kan??Mereka lebih meriah dengan sambutan dan acara2 dan program keagamaan untuk mengisi bulan ramadan..dari selawat,solat dan sebagainya..Mereka juga taklaa begitu mewah sajian bersahur dan berbuka..sederhana..macam yang Rasullulah anjurkan....jadi marilah kita berubah pada ramadan kali ini..begitu banyak bala yang Allah turunkan pada kita pada tahun ini supaya kita ingat...ingat untuk bertaubat...mohon ampun...muhasabah dan baiki diri..so, jadikan lah bulan sebagai madrasah terbaik buat kita berubah..moga2 juga dengan izin Allah kita dipertemukan dengan malam penuh kecintaan ...LAILATUL QADAR ameen....


Beralih topik pada perkembangan sahabat2 perjuang ana, minggu ini kami agak sibuk sebab menguruskan Ihya' Ramadan , program Bicara Tokoh,dan perbincangan tntg renovation dalam organisasi KP....Cuma ana nak tegaskan!! Sahabat2, kita kena ingat ,kita mesti sefikrah sebab matlamat kita satu.Kita nak capai benda yang sama..tujuan kita sama...cuma yang berbeza ialah cara kita menjayakan matlamat itu....itu yang berbeza..Fikrah dan cara berfikir adalah dua benda yang sama tapi tak serupa...Jadi sudi2lah mendengar pendapat dan cadangan sahabat2 lain..Insya Allah...kita boleh bilamana adanya kerjasama untuk menjadikan sesuatu lebih baik....Dan ingat, tiada istilah siapa menang atau kalah sebab kita adalah satu...Ya Allah, berikanlah kami petunjukMu dan bimbinglah kami supaya kami tak jatuh dari landasan perjuangan ini kerana ...telah kami pilih jalanMu...ameen...


AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!!!

AHLAN WA SAHLAN ILA SYAHRU RAMADHAN!!

August 14, 2009

AL FATIHAH UNTUKNYA............


Assalamualaikum wbt buat sahabat2 yang dikasihi kerana Allah.Salam selawat buat sang pencinta yang tidak pernah putus dalam membawa agama Allah,Rasulullah saw........

Salam takziah dari ana buat sahabat ana,Nazrin Hamka yang baru kehilangan ibu tercinta pada Khamis yang lalu.Memang berat menanggung rasa sebuah kehilangan terutamanya bonda tercinta yang telah bersama kita 9 bulan lebih awal berbanding orang lain.Namun ketetapan itu telah pun tertulis dalam takdir hidup ini.Pasti di penghujungnya nanti kita akan nampak sebuah hikmah yang ingin Allah tunjukkan dan kongsikan kepada kita sebagai sebuah renungan...Semoga Allah memberikan Nazrin sekeluarga kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian ini.Insya-Allah..Tiada apa yg dapat mengubah yang terjadi sungguh pun kita meratapi..Yang penting, hadiah Al Fatihah dan bacaan Yaasin dari keluarga tercinta pasti akan menjadi sesuatu yang ditunggu tunggu oleh almarhumah..Oleh itu,marilah kita bersama2 berdoa agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang 2 yang terpilih.Ameen...

August 1, 2009

WADAH PERJUANGAN HANGAT KEMBALI!



Assalamualaikum wbt ana ucapkan pada sahabat2 yang ana kasihi.Salam selawat penuh kerinduan pada junjungan Rasullulah saw ,para sahabat baginda,keluarga baginda serta salam perjuangan buat sahabat2 .Alhamdullilah3.......ana merafa'kan kesyukuran pada Allah kerna masih memeberi ana ruang masa untuk menulis setelah sekian lama ana senyap dek kesibukan dalam jihad ta'lim dan juga kerna ana duduk asrama.

Sepanjang ruang masa yang Allah pinjamkan kepada ana,pelbagai perkara telah berlaku..baik yang buruk untuk muhasabah mahupun yang baik untuk diteladani..Apa yang ingin ana kongsikan di sini..ialah sedikit pengalaman dan perasaan...Setelah sembuh dari disengat satu badan...hehe..ana ,melalui exam formatif 2,diserang demam+batuk+selsema+migrain..ana dapat semula belajar seperti biasa..

Suatu hari ,cikgu saodah panggil semua kp ..."ok...isnin depan kamu akan terima watikah perlantikan kp ..cikgu harap kamu boleh susun dan bersedia..syahmi dan farzana..sila uruskan"
bayangkan masa tu hari sabtu, ganti sekolah..esok ahad pasru isnin

Esok ,ahad..mmg laa..ana prep mcm biasa ..pastu Hajar Yusof datang sebab nak tanya pasal pengurusan musolla..tengah hari kemudiannya sahabat baik ana panggil dan suruh ana duduk di sudut kelasnya.pastu dia panggil afiza..Dengan Nama Allah ....

"Atin,Fiza tau kan esok perlantikan..so ..korang pegang mt maaf"Ana terdiam..Fiza menolak dan nangis..Lepas ana diam dlm jangka yang agak lama..ana cakap ..ana x mampu.sebab ana kena jaga 2 benda so ana takut x mampu imbang andc ana pun nangis.so,semua kita org berdiskusi kat sudut tepi tuh..last..farzana ckp.."tin..cubalah kau terima ,sapa lagi tin..kalu boleh kau ikhlaskan diri kau masa bc ikrar"mmmmmmmmmmm otak ana kosong

malamnya semua kp kena susun kerusi u assembly..ana kena demam balik sbb terkejut ..balik dorm dkt kol 12 lebih tiba2 farzana dtg...dia tolong urutkan kepala ana..ana punya terharu rasa nak nangis malam tu jugak..an paham yg dia sndiri tertekan sama cam fiza..sambil2 tu kitaorg bincang..ana masih x boleh terima lagi...

esok time ikrar ..ana x ada perasaan langsung..syahmi bc dengan smgt tp kitaorg....Allah ,,kuatkan hati hambamu.Diringkaskan cerita..2 hari later..ana jumpa x-tkua .denagr dia ckp tntg tugas ana....ana rsa berat sgt..terus ana cari farzana..ana luahkan kat dia..malam tu kitaorg atur 2 plan utk ana letak jwtn...

esoknya, kitaorang berurusan dgn ramai guru lastly baru kitaorg jumpa utzh.asmah dan ustzh x kisah.masa ana tgk muka farzana..ana x tau nak ckp macam mana..ana sedih
then...tgh hari tu ada pertukaran fail dgn pimpinan lama..Ya Allah..ana rasa mmg x patut ana buat mcm ni..ptg tu..ada liqa' kp.untuk bincang perlantikan biro2.perasaan an masa tu berbolak balik.ana 2 betul2 x ada pendirian masa tuh..entahlaa..

malam tu..lepas solat maghrib ada pengumuman mt badar ada org nak jumpa.dipendekkan cerita..ustaz kitaorg nak jumpa...apa yang mmg menyentuh hati ana adalah bila sahabat ana,farzana cakap "semua org tahu..ana mmg rapat dgn atin.Tp bila atin nak letak jwtn dlm mt kp..ana rasa sebelah kaki an ahilang..ana rasa x ada semangat".Kali ni...bukan mata ana yang mengalirkan air mata tp hati ana...

malam tu..farzana minta ana buat keputusan tetap..masih x terlambat lagi..so..ana beristikharah dan doa byk2.Esoknya..ana x fikir apa2.jujurnya macam ada semgat jer hari tu utk ana kerja dan blajar..tgh hari farzana tanya ana.."atin , apa keputusan kau?.Inysa Allah..aku terima..tapi ko kena sntiasa dgn aku,susah sng"Alhamdulillah...

jadi ..apa yang ana nak simpulkan kat sini..ialah ..kami sgt2 perlukan sokongan.semangat,bantuan dalam melalui fasa yg baru ni..Ya Allah....kuatkan lah hati kami dan eratkanlah ukhuwah kami..kurniakann kami kekuatan "Amin..ana harap tiada pihak yang hanya salahkan kami andai jadi apa2 tetapi bimbimglan kam i..tunjuk ajar kami.Moga Allah sentiasa menemani dan mencurahkan barakahnya ,rahmatnya dan bantuannya serta kekuatannya pada org2 yang membantu agamanya..Amin..Sekian wassalam