March 15, 2011

Nak jadi bintang???

Hari ini ramai yang ingin menjadi bintang.

Mahukah anda menjadi bintang?

Bukan di pentas mahupun di televisyen

Tetapi di hadapan Tuhan Yang Esa…

Hari ini saya teliti banyak sungguh program realiti yang diatur pihak pengurusan terbabit amnya dengan matlamat yang satu,iaitu melahirkan ramai bintang baru yang pastinya terkenal setelah digilap sepanjang proses didalam program tersebut.Ini merupakan satu konsep mudah dalam mengenal potensi bakat seseorang individu.Namun,pada hujungnya nanti,bintang apakah yang bakal dilahirkan melalui program realiti terbabit?

Pada zaman kegemilangan dan keagungan budaya hedonisme ini, kita sendiri dapat melihat dengan secelik-celiknya walaupun tanpa bantuan cermin mata bahawa sudah terlalu banyak bintang hasil acuan hedonisme yang lahir walaupun bukan secara total.Terkadang kelu melihat bintang – bintang ini beraksi tatlaka diri teringat akan sebuah hadis Rasulullah yang berbunyi:

Rasulullah pernah bersabda kepada para sahabat,”Akan datang suatu masa,umat lain akan memperebutkan kamu ibarat orang-orang yang lapar memperebutkan makanan dalam hidangan”.Lalu sahabat bertanya,”Apakah kerana pada waktu itu jumlah kami terlalu sedikit ya Rasulullah?” Kemudian baginda menjawab:”Bukan ,bahkan jumlah kamu pada waktu itu terlalu banyak, tetapi kamu pada waktu itu ibarat ghatsa(buih) yang terapung-apung di atas air bah.Dan di dalam jiwamu tertanam AL-WAHN”.Lalu sahabat bertanya lagi,”Apakah yang dimaksudkan dengan AL-WAHN ya Rasulullah?” Baginda menjawab:”Iaitu CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI”.

Justeru itu, Allah yang Maha Penyayang tidak meninggalkan kita begitu sahaja.Kita ini diberi tawaran oleh Allah untuk menyertai suatu program yang direncanaNya untuk kita menjadi bintang kelak.Bukan sebarangan bintang tetapi bintang dihadapan Allah kelak.Mahukah kita? Bagaimana pula caranya?.....

Hidup kita merupakan tempoh program ini berjalan.Allah menurunkan AlQuran sebagai panduan seandainya kita tersasar dari matlamat program ini.Dan matlamatnya Cuma satu iaitu bagi menjadi bintang di hadapan Allah.Malah ,Allah turut mengutuskan para Rasul untuk memberi tunjuk ajar supaya kita tahu mana jalan yang dituju.Sepanjang perjalanan itu, pelbagai halangan dan dugaan yang ditetapkan sesuai dengan kemampuan kita masing-masing.Maklumlah,Allah itu Maha Adil.Dia tidak akan sesekali menzalimi kita sebab Dia sangat sayangkan kita.Kadang- kadang kita terasa takut, gementar untuk meneruskan perjalanan sepanjang program ini tetapi Allah pesan,Allah bagi kita semangat.Allah berfirman supaya kita ini sentiasa mengingati Allah dengan berzikir kerana dengan mengingatiNya sahajalah hati akan menjadi tenang dan beroleh sumber kekuatan.Bukankah Allah lebih dekat dengan kita berbanding urat leher kita sendiri? Insya-Allah.Dan bagi memastikan setiap orang menjalani program ini dengan adil, maka Allah utuskan malaikat Ratid dan Atid untuk mencatat setiap amalan dan dosa kita.100% adil untuk setiap hambaNya nanti.Yang penting kita menjalani program itu mestilah dengan iman , takwa dan akhlak mulia yang digariskan oleh Allah Yang Maha Besar.

Setiap makhluk yang bernama manusia itu bernafsu.Oleh itu mana-mana sekalipun program yang dianjurkan mestilah mempunyai ganjaran pada penghujungnya.Itu sudah tentu! Ganjaran yang Allah akan berikan terlalu indah untuk digambarkan .Terlalu tinggi untuk dibayangkan.Nikmatnya terlalu besar untuk dibandingkan dan seandainya manusia itu memperolehnya, maka tiada satupun nikmat didunia ini yang akan diingatinya dek besarnya ganjaran yang Allah janjikan iaitu SYURGA.

Namun, awas! Bagi yang ingkar ada juga hukuman yang menanti.Hukumannya terlalu berat untuk dibandingkan, terlalu sakit untuk digambarkan,terlalu perit untuk diceritakan dan seandainya manusia itu selalu mengagungkan nikmat yang dia rasai didunia, nescaya semua kenikmatan itu hilang dalam sekelip mata jika azab Allah telah menimpa.Nauzubillah min zalik’. Moga kita dijauhkan dari segala perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah.Amin…..

Mudah-mudahan kita diberi kekuatan dan bantuan Allah untuk kita menjadi bintang di hadapanNya kelak kerana tidak lain tidak bukan semata-mata untuk memburu keredhaanNya..

Allah berfirman dalam surah At Thalaq ayat 2 hingga 3 yang bermaksud:”Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, pasti Allah memberinya jalan keluar (daripada setiap persoalan) dan diberi rezeki yang tidak diduga serta sesiapa yang bertawakal akan dicukupi (segala keperluannya)”

Wallahu’alam

1 comment:

~ Pelaut Rabbani ~ said...

Sebuah perkongsian yang baik. Tahniah.
Terus menulis. Moga ada manfaat untuk semua. Amin. :)