setelah hampir sebulan melakukan ibadah puasa, yang sebahagian besar daripada waktuku di sekolah......sedar tak sedar,hanya tinggal 2 hari jer ....untuk habiskan ibadah pose ini..tapi jujurnya ana rasakan sangat rindu pada bulan ni w/p masih belum tiba syawal..pengisian di sekolah banyak memberi ana satu kepuasan dan dalam masa yang sama ia memberi dan menduga banyak cabaran
habis jer cuti seminggu di awal ramadhan ,akt. ramadhan di sekolah terus bermula...
minggu pertama ramadhan..
biasalah, kami budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan..ana dan shbt2 agak kucar kacir nak uruskan program 2 yg diatur oleh badar...dah laa dengan x berapa jelas dgn perjalanan aktiviti, ditambah pula dgn perangai2 "manja" anak2 shams yang berbagai- bagai dan pada masa yang sama juga pengurusan kp nak di up-date, campur lagi dgn liqa' untuk bincang pertandingan ramadhan...
sungguh ,Allah maha Besar...kami diuji dengan sedikit salah faham dan masalah kerjasama di kalangan ahli lajnah.... tapi berkat kesabaran setiap pihak dan nasihat dari ustazah, masalah2 makin berkurangan..disebabkan sibuk yaNG melampau.. kerja sekolah ana terpaksa buat tgh malam hingga pukul 1-2 pagi..tapi mesti gagahkan diri.
minggu kedua..
minggu ni mmg ramai sgt budak yg buat masalah...walau kita dah bagi muka, dia pulak pijak kepala.isnin itu, ana dan shbt2 bincang cara nak atasi...penghuni asrama mmg menguji kesabaran ana..so selasa itu ana buat liqa' asrama ..setelah penat munggunakan bercakap pada budak2 ni ,hanya sikit jer yang berubah..minggu ini juga, presiden kami buat liqa' amt exco.. buat taaruf,muhasabah dan bincang... sebagai perinagtan diri msg2
minggu ni jugak ,pelajar asrama x boleh balik kampung sebab ada solat hajat utk bdk exam...ana x balik kg sbb x ada yg nak jemput.ptg jumaat tu,3 org alumnai shams jumpa kitaorg...x dinafikan mmg banyak soalan cepumas,,bagi ana, minngu ni kami bukAN shj diduga dgn pelbagai ragam pelajar tp kami bertarung dgn masa..
malam jumaat tu, kunci asrama x jumpa sbb ada pelajar yg bawak balik rumah...jam dah pukul11 , so ana pesan kat uncle jaga tolong kunci asrama kul 11.30 and bukak jam 4 pagi..pastu ana carilaa kunci asrama dgn bantuan adik2 f3..syukran ye adik2 sbb tolong akak w/p kita tak jumpa kunci tu..esoknya,barulah kitaorg yang kat asrama ni perasan yg aspuri mcm kena masuk kat org..ada bilik yg diselongkar and ana pun gi jumpa ustazah dgn shbt2 ana
malam tu, ustazah naik..lepas kena tanya dan sebagainya,ustazah suruh semua aspuri yg x ramai time tu tinggal satu aras...so, ana round jap aspuri nak pastikan semua masuk dorm.kita org mmg laa takut.mcm2 andaian termasuklah yg kata ada org minyak..ana geleng kepala je laa .
hampir kul 1 baru ana boleh lelapkan mata..esoknya, pukul 4 ana bangun,ana tgk jaga tgh buka pintu asrama utk nak gi sahur...Alhamdullilah malam tu x de apa2 yg berlaku
minggu terakhir ramadan di sekolah
kali ni ana tekad amik tindakan tegas bg org yg degil kat sekolah ni....sapa turun asrama lambat time pagi sekolah,ana kunci pintu asrama ..biar lama2 jap pastu dah tegur barulah ana lepaskan masa assembly..biar org tegok sapa yg lambat...tu jer cara berkesan..esok tu xde sorang pun lambat..sapa yg x bangun dan turun asar jemaah and tadarus, ana percik air..kasi basah..baru diorg nak turun..kalu x,......minggu ni gak ,ana n shbt2 check pelajar yg x gi tarawih and x solat kat surau...berduyun2 makhluk Allah ni turun lepas kena tempik....mmg angin satu bdn ler tp pastu okey ...kalau ikutkan, sapa yg suka nak marah2 tp kalu dah melampau tuh...pepandai laa pikir
sehari sebelum cuti raya...
suasana hari ni mmg kecoh..nak balik kg katakan...kami satu sekolah maaf2an...suasana ni sikit sebyak mengubati rasa sedikit kecewa di hati ini...apa pun ,seberat mana pun kita nak tinggalkan ramadhan ,kita mesti merayakan syawal...Allah kurniakan bulan ini sebagai bulan kemenangan bagi hamba2Nya..
Malaikat Jibrail pernah berdoa, celakalah bagi org yg sebelum dan selepas ramadhan tiada apa2 perubahan (yg baik) dalam dirinya, dan doa ini sendiri diaminkan oleh Rasullullah saw.Moga2 kita tidak tergolong dalam kelompok ini....
ana ucapkan selamat menyambut lebaran buat semua shbt2 seperjuangan ana,para nuqaba' ana,usrah ana,kelas tercinta ana dan semua umat islam..ANA MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN SEPANJANG ANA BERUKHUWAH DENGAN ANTUM SEMUA....semoga kita berpeluang untuk berjumpa dengan ramadhan lagi..ameen..
No comments:
Post a Comment