Assalamualaikum kepada semua pembaca
Alhamdullilah kita masih diberi nikmat2 dari yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Ana harap semua S/U lajnah dah siapkan laporan dan minit mesyuarat sebab ketua kita dah bagi peringatan banyak kali kan..
Hari ni ana nak bincangkan isu yang hingga sekarang tak ada kesudahannya
ROGOL..
Mungkin ada pihak yang menganggap ia isu yang agak sensitif tapi bagi ana kekerapan berlakunya kejadian ini menjadikan ia isu yang sudah biasa.
Belakangan ini, ana pasti ramai yang menggelengkan kepala bila baca tentang kes rogol yang kian menjadi.Ana juga tersangatlah terkejut dan sedih bila ana baca yang ada di kalangan pendidik yang merogol anak muridnya sendiri.Ya Allah.....apa nak jadi ni??
Sepatutnya madrasah/sekolah/institusi ilmu menjadi tempat yang selamat
tambah2 lagi tempat2 ini adalah tempat kita mencari ilmu
ana mmg cukup pelik bagaimana kanak2 yang tak kenal lagi dunia ni boleh diperlakukan begitu.Berita guru merogol murid yg tersiar di akhbar cukup ..........
cuba ,kita fikir...bagaimana kejadian ini berlaku...manusia seperti sudah tidak mengenal hukum Allah..
Jika direnung kembali banyak hadis dan dalil yang menunjukkan Allah mengangkat darjat mereka yg menuntut ilmu...inikan yang menyampaikan ilmu..sungguh tinggi taraf yang Allah beri pada kita....
Tapi sangat menyedihkan ....
Di mana insan yang sepatutnya memberi kita ilmu, menunjukkan jalan dan panduan dan juga sebagai tempat kita meminta bantuan di kala memerlukan boleh memperlakukan kita begitu
Bukan semua insan pendidik di bumi seperti yang saya katakan cuma sebahagian sahaja yang menyebabkan nama semua pendidik (pekerjaan mulia) tercalar..
Abang saya bertanya
orang yang merogol ynag ingin berubah ....kau terima tak??
bagi saya sudah tentu mereka perlu diberi peluang kedua untuk berubah
kerana semua orang ialah manusia ...insan yang tak lari dari kesilapan
cuma individu itu mesti MENGHARGAI DAN MENGGUNAKAN peluang itu sebaiknya
Apa yg penting semua pihak mesti sedar
mesti jaga diri dan akhlak dan maruah masing2
supaya amalan jahilliah ini tidak terus berleluasa
dan lebih penting
yang ana sangat berharap dan berdoa
supaya tiada lagi kejadian yang menyedihkan ini
di lembah kami mencari ilmu
Semoga Allah terus memberi kita petunjuk dan peluang untuk kita bertaubat
Bimbang dengan azab Allah yang pedih
Marilah kita sama2 menjaga persekitaran kita agar sifar kes rogol
No comments:
Post a Comment