June 8, 2009


Assalamualaikum kepada semua pembaca
Alhamdullilah kita masih diberi nikmat2 dari yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Ana harap semua S/U lajnah dah siapkan laporan dan minit mesyuarat sebab ketua kita dah bagi peringatan banyak kali kan..

Hari ni ana nak bincangkan isu yang hingga sekarang tak ada kesudahannya
ROGOL..

Mungkin ada pihak yang menganggap ia isu yang agak sensitif tapi bagi ana kekerapan berlakunya kejadian ini menjadikan ia isu yang sudah biasa.

Belakangan ini, ana pasti ramai yang menggelengkan kepala bila baca tentang kes rogol yang kian menjadi.Ana juga tersangatlah terkejut dan sedih bila ana baca yang ada di kalangan pendidik yang merogol anak muridnya sendiri.Ya Allah.....apa nak jadi ni??

Sepatutnya madrasah/sekolah/institusi ilmu menjadi tempat yang selamat 
tambah2 lagi tempat2 ini adalah tempat kita mencari ilmu

ana mmg cukup pelik bagaimana kanak2 yang tak kenal lagi dunia ni boleh diperlakukan begitu.Berita guru merogol murid  yg tersiar di akhbar cukup ..........

cuba ,kita fikir...bagaimana kejadian ini berlaku...manusia seperti sudah tidak  mengenal hukum Allah..
Jika direnung kembali banyak hadis dan dalil yang menunjukkan Allah mengangkat darjat mereka yg menuntut ilmu...inikan yang menyampaikan ilmu..sungguh tinggi taraf yang Allah beri pada kita....
Tapi sangat menyedihkan ....
Di mana insan yang sepatutnya memberi kita ilmu, menunjukkan jalan dan panduan dan juga sebagai tempat kita meminta bantuan di kala memerlukan boleh memperlakukan kita begitu
Bukan semua insan pendidik di bumi seperti yang saya katakan cuma sebahagian sahaja yang menyebabkan nama semua pendidik (pekerjaan mulia) tercalar..

Abang saya bertanya
 orang yang merogol ynag ingin berubah ....kau terima tak??
bagi saya sudah tentu mereka perlu diberi peluang kedua untuk berubah
kerana semua orang ialah manusia ...insan yang tak lari dari kesilapan
cuma individu itu mesti MENGHARGAI DAN MENGGUNAKAN peluang itu sebaiknya 

Apa yg penting semua pihak mesti sedar 
mesti jaga diri dan akhlak dan maruah  masing2
supaya amalan jahilliah ini tidak terus berleluasa
dan lebih penting 
yang ana sangat berharap dan berdoa 
supaya tiada lagi kejadian yang menyedihkan ini 
di  lembah kami mencari ilmu

Semoga Allah terus memberi kita petunjuk dan peluang untuk kita bertaubat 
Bimbang dengan azab Allah yang pedih
Marilah kita sama2 menjaga persekitaran kita agar sifar kes rogol

June 3, 2009

ALLAH AKBAR!


Di saat waktu berhenti…kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar…

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dr zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi
ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada’ dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
utk hanturkan sembah sedlm kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah³

ye...

memang kita kena ucapkan setinggi2 syukur pada Allah yang masih lagi memberi kita kasih sayang.Apa bukti Allah bagi kita kasih sayang?senang jer...tu yang kita bernafas tu guna udara yang tak pernah dicaj pun bayarannya.Saintis sendiri menkaji dan sangat kagum dengan udara yang Allah ciptakan untuk hamdanya.Cuba bayangkan seandainya komposisi udara ini berat sebelah..dah tentu manusia dan semua makhluk bumi mati.

Alhamdullilah atas iman dan islam

Alhamdullilah atas peluang beragama

Alhamdullilah dengan bimbingan AQ dan Rasulullah

Alhamdullilah atas nikmat berkeluarga

Alhamdullilah atas ukhuwah persahabatan

Alhamdullilah atas kekuatan

Alhamdullilah atas segala2 nikmat 

yang jika dihitung

orang yang terkaya di dunia pun tak mampu bayar

ALHAMDULLILAH.........





June 2, 2009

BINGKISAN





dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang

Selasa,2 minggu sebelum peperiksaan

semua naqibah f4 menjalankan ops-si
kap di blog f4 khususnya dan semua menjalankan kerjasama yang baik.para naqibah berpecah kepada beberapa kumpulan dan mengawasi kelas2 yang mencurigakan.walaupun kami sedikit berdebar maklumlah pelajar yang tinggal ada di kalangan mereka yang 'strong' namun kami gagahi juga,ana dan 4 orang sahabat lain mengawasi sebuah kelas yang agak mencabar.sahabat ana menyatakan rasa berdebarnya 
namun ana katakan kita hanya masuk dan duduk sahaja,lihat apa mereka buat,kita jadi tembok.kami masuk,disambut dgn sindiran yang pedas namun telinga dipekakan.operasi berjalan hingga jam 6.15 petang.kami buat perbincangan dalam kelas itu dan mereka hanya memerhati dan berbisik sesama mereka.sangat menyedihkan melihat sahabat kita yang tak faham erti sebenar pergaulan fil i
slam.ya ALLAH ,berikan kami pe
tunjuk.

minggu ke2 exam,isnin

ana mendapat berita yang ama
t mengejutkan dari adik2 f2.ana diamkan kerana tidak mahu menggangu konsentrasi sahabat2 lain yang sedang bermujahadah dengan exam.ana jawab paper physics yang sangat memeningkan sambil terkenangkan berita tersebut.alhamdullilah,ana dapat jugalah jawab paper hari tuh.

petang selasa, minggu yan
g sama

ana stayed di  kelas 4 ikram, kelas sahabat ana untuk study +math.Tengah2 study ana lihat beberapa orang kp f3 memandang dengan tajamnya di kelas ana,mereka hantar signal pada kami.sahabat ana menyuruh
 ana melihat dalam kelas ana iaitu bersebelahan kelas 4 ikram.ana masuk.Dan terkejut.2 lalaki dan 1 perempuan yang sedang berbual dalam keadaan yang mencurigakan dan seperti berbisik.Tak boleh jadi nih..Ana bagi salam dengan muka kosong macan x ada apa2. Perbualan mereka terhenti.Dengan pandangan 'manis' mereka memandang.Tidak mahu mengalah, ana masuk dan terus mengambil b
eg ana, hampir denagn mereka.mmg laa muka ana masa itu bajet tapi ana x cakap apa2,mereka yang menilai.Tidak berpuas hati mereka mengatakan sesuatu yang bolehlah ana dgr.(2 L) ,lalu ana bidas dgn nada yang boleh mrk dgr dalam pada ana keluar dr kelas.Senang2 jer nak wat mungkar kat sini yeh........

Malam itu..
tgh2 ana nak wat latihan add math, ana sedar mesin kira2 ana hilang.Sah2, ana tahulah sapa yang ambil.Ya ALLAh, cuak tak cuak ,esok paper math..balik dorm, ana citer kat adik sepupu ana,"Eh, kak!kita ada kalkulator 570,nak pinjam tak?"Alhamdullilah,mengucap syukur yang terlalu panjang ana dengar.TERIMA KASIH YA ALLAH..Pada yang ambil itu,mungkin kamu x ada kalkolator,tp ni dah lama dah,x pulang pun. Tak apa , malas nak cakap.pandai2lah pikir hukum..

Rabu,seminggu sebelum cuti

liqa' naqibah f4.kami rancang buat liqa' mengejut ngan adik2 sebagai hadiah untuk mereka sebekum cuti.

Khamis , minggu yang sama

hari ni ana tidak sihat.YA ALLAH, ampunkan dosa2 ku!!malam seperti yang dirancang liqa' ngan adik2 f2. akak dorm ana x benarkan ana pergi sebab x sihat.Tapi ana wat x tau jer.HE ..... maaflaa kak,yer..Liqa' mula pukul 11.30 malam dan berakhir tepat pukul 2,15 pagi.Balik dorm, ana rasa nak pengsan............

Jumaat ,nak balik kg

pagi2 tu ada tilawah AQ.baru ana nak start baca tiba2 ana dengar "BARUA KP ,BAI"..malas nak layan mrk..........ana layan bacaan Al Quran.Hari ni ada temu duga.. Lama tunggu dekat 3-4 jam tiba2  cikgu kata sambung naik cuti..........sabarlah..sahabat ana dah pergi awal2.


June 1, 2009

SAYANG.......KITA REBAH DENGAN HELAH YAHUDI


Isu ini sebenarnya tak perlu kita ulas lanjut.Kerana semuanya punya mata..punya hati..dab lebih istimewa kita punya akal untuk menilai keadaan sekarang.Bukti??kita lalai dengan keseronokan pergaulan yang tidak ada batasnya seperti yang dirancang yahudi.mereka mengkaji Ai Quran dan berdasarkan ayat AQ jugalah mereka mendapat kunci.Kunci melalaikan umat Islam iaitu arak dan perempuan.Arak dan perempuan ini jika disalah guna ia akan membawa kita kepada keseronokan.Lihatlah....betapa mudahnya kita bercakap dengan ajnabi dengan lenggok manja , mesra dan usikan yang akhirnya membawa gelak tawa yang kononnya ia perkara biasa...betapa mudahnya juga kita memandang perkara yang tidak halal dan tidak sepatutnya dengan mata ini..sedarkah kita nikmat mata ini cuma pinjaman. Ia juga menjadi anggota kita yang akan menentukan sama ada kita layak melihat ALLAH kelak atau tidak..YA ALLAH ...alangkah ruginya kita kerana tidak berpeluang melihat NYA kerana mata ini kotor dengan zina2 yang dilakukan.Sahabat,
Bukti lain kita rebah dengan Yahudi sendiri adalah cara hidup kita sendiri. Jom kita semak senarai asal barangan kita.Shampoo, sabun,ubat
 gigi,pakaian kita, kereta kita, stesen minyak yang kita kunjungi,bahan makanan kita hinggalah ke kaki kita....Saya jamin pasti ada walau satu  pun barangan yang asalnya daripada musuh kita dan kroni2nya...Apalagi yang perlu kita buat?? BOIKOT..jangan hanya ketika Gaza diseran
g tetapi hingga hujung hayat kita..Saya sendiri sukar untuk meneruskannya tetapi di sinilah letaknya keimanan kita.Ia menjadi bukti kelak adakah kita membantu atau turut membunuh saudara kita ??Lihatlah.........dan nilailah

Bagi pelajar sekolah khususnya sekolah saya yang saya kasihi, 
marilah kita berubah .Adik2 yang f1 dan f2 yang masih lagi seperti kain putih.. jagalah pergaulan mu. Jangan leka dengan muslihat syaitan yang 
tak henti2 akan jatuhkan kita.Bina prinsip diri dan cari pegangan .Teguhkan iman..masih
 belum terlambat untuk kita berubah

ingat..
manusia itu masuk ke neraka bukan kerana dia sering melakukan kesilapan.sememangnya manusia itu tidak akan lari dari melakukan salah dan ia diakui olen ALLAH sendiri TETAPI manusia itu masuk keneraka kerana dia tidak pernah membaiki kesilapannya...
Renungkanlah........