March 15, 2011

Nak jadi bintang???

Hari ini ramai yang ingin menjadi bintang.

Mahukah anda menjadi bintang?

Bukan di pentas mahupun di televisyen

Tetapi di hadapan Tuhan Yang Esa…

Hari ini saya teliti banyak sungguh program realiti yang diatur pihak pengurusan terbabit amnya dengan matlamat yang satu,iaitu melahirkan ramai bintang baru yang pastinya terkenal setelah digilap sepanjang proses didalam program tersebut.Ini merupakan satu konsep mudah dalam mengenal potensi bakat seseorang individu.Namun,pada hujungnya nanti,bintang apakah yang bakal dilahirkan melalui program realiti terbabit?

Pada zaman kegemilangan dan keagungan budaya hedonisme ini, kita sendiri dapat melihat dengan secelik-celiknya walaupun tanpa bantuan cermin mata bahawa sudah terlalu banyak bintang hasil acuan hedonisme yang lahir walaupun bukan secara total.Terkadang kelu melihat bintang – bintang ini beraksi tatlaka diri teringat akan sebuah hadis Rasulullah yang berbunyi:

Rasulullah pernah bersabda kepada para sahabat,”Akan datang suatu masa,umat lain akan memperebutkan kamu ibarat orang-orang yang lapar memperebutkan makanan dalam hidangan”.Lalu sahabat bertanya,”Apakah kerana pada waktu itu jumlah kami terlalu sedikit ya Rasulullah?” Kemudian baginda menjawab:”Bukan ,bahkan jumlah kamu pada waktu itu terlalu banyak, tetapi kamu pada waktu itu ibarat ghatsa(buih) yang terapung-apung di atas air bah.Dan di dalam jiwamu tertanam AL-WAHN”.Lalu sahabat bertanya lagi,”Apakah yang dimaksudkan dengan AL-WAHN ya Rasulullah?” Baginda menjawab:”Iaitu CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI”.

Justeru itu, Allah yang Maha Penyayang tidak meninggalkan kita begitu sahaja.Kita ini diberi tawaran oleh Allah untuk menyertai suatu program yang direncanaNya untuk kita menjadi bintang kelak.Bukan sebarangan bintang tetapi bintang dihadapan Allah kelak.Mahukah kita? Bagaimana pula caranya?.....

Hidup kita merupakan tempoh program ini berjalan.Allah menurunkan AlQuran sebagai panduan seandainya kita tersasar dari matlamat program ini.Dan matlamatnya Cuma satu iaitu bagi menjadi bintang di hadapan Allah.Malah ,Allah turut mengutuskan para Rasul untuk memberi tunjuk ajar supaya kita tahu mana jalan yang dituju.Sepanjang perjalanan itu, pelbagai halangan dan dugaan yang ditetapkan sesuai dengan kemampuan kita masing-masing.Maklumlah,Allah itu Maha Adil.Dia tidak akan sesekali menzalimi kita sebab Dia sangat sayangkan kita.Kadang- kadang kita terasa takut, gementar untuk meneruskan perjalanan sepanjang program ini tetapi Allah pesan,Allah bagi kita semangat.Allah berfirman supaya kita ini sentiasa mengingati Allah dengan berzikir kerana dengan mengingatiNya sahajalah hati akan menjadi tenang dan beroleh sumber kekuatan.Bukankah Allah lebih dekat dengan kita berbanding urat leher kita sendiri? Insya-Allah.Dan bagi memastikan setiap orang menjalani program ini dengan adil, maka Allah utuskan malaikat Ratid dan Atid untuk mencatat setiap amalan dan dosa kita.100% adil untuk setiap hambaNya nanti.Yang penting kita menjalani program itu mestilah dengan iman , takwa dan akhlak mulia yang digariskan oleh Allah Yang Maha Besar.

Setiap makhluk yang bernama manusia itu bernafsu.Oleh itu mana-mana sekalipun program yang dianjurkan mestilah mempunyai ganjaran pada penghujungnya.Itu sudah tentu! Ganjaran yang Allah akan berikan terlalu indah untuk digambarkan .Terlalu tinggi untuk dibayangkan.Nikmatnya terlalu besar untuk dibandingkan dan seandainya manusia itu memperolehnya, maka tiada satupun nikmat didunia ini yang akan diingatinya dek besarnya ganjaran yang Allah janjikan iaitu SYURGA.

Namun, awas! Bagi yang ingkar ada juga hukuman yang menanti.Hukumannya terlalu berat untuk dibandingkan, terlalu sakit untuk digambarkan,terlalu perit untuk diceritakan dan seandainya manusia itu selalu mengagungkan nikmat yang dia rasai didunia, nescaya semua kenikmatan itu hilang dalam sekelip mata jika azab Allah telah menimpa.Nauzubillah min zalik’. Moga kita dijauhkan dari segala perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah.Amin…..

Mudah-mudahan kita diberi kekuatan dan bantuan Allah untuk kita menjadi bintang di hadapanNya kelak kerana tidak lain tidak bukan semata-mata untuk memburu keredhaanNya..

Allah berfirman dalam surah At Thalaq ayat 2 hingga 3 yang bermaksud:”Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, pasti Allah memberinya jalan keluar (daripada setiap persoalan) dan diberi rezeki yang tidak diduga serta sesiapa yang bertawakal akan dicukupi (segala keperluannya)”

Wallahu’alam

March 13, 2011

Dilema An Nisa



Assalamualaikum buat pembaca yang sudi singgah.Untuk post kali ini saya terdetik untuk menyentuh mengenai wanita
Entah mengapa tetapi saya kira okey kerana Hari Wanita Sedunia pun baru - baru ini.Pada pendapat saya, wanita pada hari ini cukup kuat untuk sama -sama membangunkan negara dan untuk yang prihatin pasti kuat untuk membangunkan Islam.Apa yang penting bagi seorang daie ialah sebelum melangkah lebih jauh, kita perlu membangunkan Islam itu dalam diri sendiri walau terkadang diri terasa seolah-olah tidak mampu menyumbang untuk Islam seperti sahabat-sahabat yang lain.

Walau terkadang kita hanya mampu berniat tetapi belum kuat mengatur langkah.Dunia hari ini banyak menuntut wanita Islam atau muslimah berani kehadapan, berani bermain denagn emosi untuk elak terjerat diri terutama dalam perjuangan suci mengangkat syariat Allah.Namun, saya bukan orang yang terbaik untuk mengulas tentang ini, cuma apa yang ingin dikongsikan adalah satu luahan rasa yang diberi oleh seorang sahabat.

Untuk sahabat yang bernama Izza Fatiha, Terima kasih atas pemberian Sinergi dan terima kasih kerana sentiasa memahami dan berkongsi bingkisan ini.

Untuk pembaca khususnya mereka yang bergelar wanita a.k.a sahabat semuslimah harap dapat bersama menghayati......


Aku cuma an nisa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar Afifah Solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerama berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit tidak berubah
Mampukah aku setabah dirinya
Andai diuji sedikit diri sudah rebah
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah tabahkan aku sepertinya

YaAllah
Jadikan aku semulia Fatimah Az Zahra
Betapa tinggi kasihnya kepada ayahanda
Tidak pernah berputus asa pada perjuangan Baginda
Tangannyalah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya diri pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi....Teguhkan hatiku sepertinya

Ya Allah
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
Dan keluarga yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa menjadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia
Entah dimana hilangnya iman didada

Ya Rahman
Kuatkan imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin
bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti Sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad
Iman sedikit pun tidak rapuh

Ya Allah
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabt Rasulullah
Betapa hebat tarbiyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan kepada Rasulullah pada Hari Uhud
Disambut dengan belakang Abu Talhah
Ya Allah
Tarbiyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa menjadi pilihan
Ketulusan iman diketepikan
YaAllah
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya

Wahai kaum Hawa
Kita ini an nisa
Para pendosa yang banyak di neraka
Lantas walau tak setabah para mujahidah
Namun tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga
Walau tak semulia para wanita sirah
Tetapi muliakanlah diri dengan agama yang memelihara
Kerana padanya ada pahala
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia

Sesungguhnya hawa tercipta dari tulang rusuk kiri Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tetapi untuk dilindungi kerana indah
Dan indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terpelihara syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga
Bicara dari an nisa
Makbulkanlah doaku
Ya Allah....
Aminnn..


March 8, 2011

Kisah: Ilusi dan Realiti

Alhamdullilah , dapat juga saya menulis untuk entry baru kali ini walau pun terkadang rasanya terlalu malas nak meng'up-date'kan post baru.Apa pun untuk cik Tim, maaflaa bukan tak nak letak link, terlepas pandang..maklumlah, she has no colour, itu terlepas pandang tu...

Bercerita tentang Ilusi dan realiti pada dasarnya adalah perkara yang terlalu biasa dan sering didengar.Pernah anda mendengar kisah yang sering diulang cerita oleh kebanyakkan orang bahawa di sebuah kampung terdapat seorang pemimpin yang sangat dikagumi kerana kehebatan pimpinannya yang terbilang, keramahan dan keprihatinan pemimpin ini. Beliau memerintah kampung itu sehinggalah akhir hayatnya.Maka bagi mengenang jasa pemimpin itu, seluruh penduduknya membina sebuah patung yang teramat besar dan gah untuk memastikan memorabilia terhadap pemimpin itu tidak terpadam. Nak dijadikan cerita, seekor kucing yang kurap lagi kurus telah membuang najis bertepatan denagn patung itu,Kotor jadinya.

Sekarang ....pada pandangan anda , mana yng realiti dan iilusi dari cerita tersebut?

Sebenarnya yang illusi adalah patung yang besar itu.Ya, walaupun patung yang dibina itu besar, penuh gah tetapi ia sebenarnya hanyalah satu illusi kerana ia tidak hidup apatah lagi bergerak untuk menghalang kucing tadi membuang najis padanya.

Dan yang realitinya ialah kucing kurus yang kurap tadi.Walaupun ianya kecil, kurap kotor tetapi dia benar, wujud...

Apa hubungan semua ini dengan kita semua ni?

Jika dilihat, kaum Yahudi adalah bangsa yang dimuliakan Allah suatu ketika dahulu namun sekarang dikutuk Allah kerana keingkarannya terhadap Yang Maha Esa. Mereka membunuh anak-anak ,orang yang tidak bersalah, mengambil nyawa sesuka hati,menanaiya orang Islam, menjajah bumi Palestin atas keegoan mereka.Mereka ini Allah kutuk didalam Al Quran.Kekejaman mereka ini benar dan hingga sekarang jelas kita lihat bahawa mereka tidak akan berhenti dari melakukan kerosakkan di muka bumi ini. Mereka lebih sinonim untuk diumpamakan dengan kucing kurap tadi.Kerana mereka realiti hingga sekarang....

Umat Islam pula diangkat Allah sebagai umat yang terbaik dsan tiada agama yang diredhai Allah melainkan agama Islam.Kehebatan Islam sejak dari zaman Rasulullah hingga ke para sahabat jelas terpampang, kuat dan digeruni.Ini semua adalah kerana kekuatan iman dan aqidah yang disandarkan semata-mata kepada Allah yang Satu.Malangnya, umat Islam kini hanya sebuah illusi kerana sehebat mana pun sejarah kita, hakikatnya sekarang kita lemah dek kalah dengan tipu daya dunia, pergaulan bebas yang melampau, fahaman yang goyah pada agama kita sendiri.Iman kita tidak kuat malah mungkin lebih nipis dari kulit bawang.Sejauh mana pun kita memandang kehadapan, kita ibarat patung besar tadi yang tak mampu berbuat apa-apa untuk agama kita....

Untuk diri ini, kawan-kawan dan sahabat semua,

Tidak mustahil untuk kita merubah menjadi realiti seandainya kita sudah sedia untuk baiki kesalahan kita.Ini boleh dicapai dengan kukuhkan iman dan betulkan aqidah semula.Dimana Allah di hati kita? Cukupkah sekadar buat itu dan ini tapna sedar pada hujungnya nanti, apa yang kita mahukan untuk agama suci ini?

Islam itu mulia.Sesiapa yang mencari kemuliaan selain Islam, maka dia dalam kehinaan. Wallahu'lam

February 21, 2011

C.I.N.T.A

Salam buat pembaca yang sudi singgah kat jurnal maya saya ini...

Berbicara soal cinta, terlalu banyak hati yang sudah merasainya kerana jika tidak ,pastilah anda bukan manusia normal ataupun anda sedang koma. Dengan cinta , manusia kenal lemah dan kuat dirinya di level mana.Terpulang pada anda untuk menghakimi cinta mana yang patut anda letakkan dalam hati anda,tetapi secara fitrahnya yang Allah telah tetapkan untuk semua hambaNya yang disayangi bahawa cinta itu yang pertamanya mestilah untuk Dia,Yang Maha Pencipta, kedua untuk junjungan Rasullulah SAW dan yang ketiga ibu bapa and the rest is history...

Namun, sejauh mana pun kehebatan impak cinta ini, jauh lagi hebat Allah yang menciptanya. Kerana itulah tanda cintaNya kepada hambanya.
Bukankah Allah kekasih kita?
Jadi apa yang anda sedang lakukan sekarang?
Adakah anda sedang meraikan cinta dengan dia yang tiada ikatan lagi?
adakah anda membisikkan kata-kata cinta denagn yang bukan halal bagimu?
kalau begitu anda sedang membuatkan kekasih utama anda sedang cemburu, tersangat cemburu..takut2 kalau nantu Dia tak hiraukan kita lagi, susah pula..

apapun, bulan ini penuh dengan emosi cinta, terutamanya kepada junjungan Rasullulah..Baru jer birthday Baginda lepas hari tu...Rasanya, macam tak terlalu lama Baginda tinggalkan kita kan?
tapi bila ditengok keadaan masa sekarang mungkin saya baru tersedar sebenarnay ia sudah terlalu lama..Masakan tidak?
pada malam sebelum Maulidur Rasul , banyak pasangan beragama Islam yang ditangkap berkhalwat.
Sedih pula bila membayangkan yang kita tergamak memberi Baginda dengan kejutan sebegini pada kelahirannya.

Apapun...bukan semua yang melupakannya..masih lagi ada jiwa yang merintih kerana terlalu sayangkan Baginda,Insya Allah

February 3, 2011

KESILAPAN KITA YANG PALING BESAR



Assalamualaikum buat pembaca yang sudi singgah.

Satu ketika dahulu, saya ada menonton drama Antara Garisan ,Saya pasti ramai yang mengenali drama itu.Bagi saya ,banyak mesej yang boleh digarap secara langsung melalui watak -watak yang ditonjolkan.Namun, watak yang paling menyerlah mesejnya ialah watak si ustaz yang berpelajaran tinggi dan tinggal di kampung tersebut dengan matlamat untuk berdakwah .

Walau bagaimanapun, antara keghairahan untuk mengejar matlamatnya, terselit sifat keegoan yang mengunci mindanya sekali gus meletakkan papan tanda 'aku lebih baik,lebih alim maka aku lebih tahu apa yang patut dilak
ukan' didalam ruang legar mindan
ya.ini secara langsung, menganggap dirinya sebagai golongan kanan di akhirat kelak dengan yakinnya.

Maka, inilah kesilapan kita yang terbesar!

Hasil tulisan Imam Global dalam majalah Solusi, ada menyatakan satu situasi yang mana seorang sahabat berhenti di R&R untuk solat subuh.Disebabkan ruangan surau yang kecil, maka sebahagian yang lain terpaksa menunggu giliran untuk solat sementara menunggu imam mengakhiri solat subuh,Namun, imam berkenaan solat dengan begitu lama dan membaca
surah yang panjang.Disebabkan takut solat diakhir waktu, seseorang yang menunggu untuk solat menjerit supaya segera mengakhiri solat tetapi, imam dengan relaksnya meneruskan bacaan sekali dengan doa yang panjang.Apabila ditegur imam mengeluh,"Beginilah orang sekarang, solat lama pun nak bising"(lebih kurang ).

Inilah silapnya, kita tak faham lagi.

Satu masa dahulu saya ada menghadiri satu kursus.Malangnya, semua gadis yang majoritinya Islam berpakaian dengan ketat lagi sendat.Pasangan yang bercinta pula duduk dekat lagi rapat.Apabila nampak sekumpulan orang yang menutup aurat ,mereka memandang sinis dan menjauhi .Katanya, kubur dah panggil.Menutup aurat bila dah uzur dan tua sahaja?

Inilah kesilapan kita...


Jelasnya, golongan agama perlu lebih proaktif dan profesional setanding dengan tagline 'mukmin profesional'ini kerana masih terdapat dari kita yang tidak megerti sepenuhnya misi dan cara berdakwah.
Kita perlu transformasi diri kita agar menjadi orang yang ada fahaman agama yang tinggi tanpa mengabaikan nilai-nilai murni lain khususnya akhlak yang menjadi kayu ukuran.
Malah seandainya kita teliti kandungan Al Quran itu sendiri 2/3 menyentuh soal akhlak.

Sementara itu, kelompok individu yang umum khususnya golongan profesional majoritinya sering mengabaikan nilai agama namun sangat bagus dalam soal pembangunan dan teknologi.Cuba kita bayangkan penggabungan nilai agama dalam seluruh aspek modenisasi kehidupan .Pasti impian untuk mewujudkan masyarakat Mukmin Profesional menjadi kenyataan , Insya-Allah.






February 2, 2011

BAGAIMANA NAK TUNJUK ISLAM ITU INDAH?

Salam buat semua insan yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni.

Setelah lama tidak meng'up-date'kan blog yang saya kira dah berabuk ni,barulah saya terfikir sesuatu.Puas saya fikir tapi jawapannya saya fikir terlalu umum untuk dinyatakan.Terpulang pada individu yang berfikir untuk jawapan itu.

Bagaimana nak tunjuk islam itu indah?

surat khabar yang ditangan saya selak perlahan-lahan.satu ruangan berita luar negara saya baca dan rasa macam terbakar bila tahu paderi kat AS sana nak cabar balik yang umat islam untuk pertahankan Al quran.kononnya , dia nak tengok sejauh mana umat islam ni beriya- iya nak defence islam.kalau betul, tunjukkan.
dalam hati saya, apa maksudnya tunjukkan.adakah dengan perang?sedangkan islam tidak pernah membenarkan umatnya menghina agama lain dan pada saya sejujurnya paderi itu sudah tahu kebenaran islam.kalau diajak berdebat tntg kebenaran agama, pasti islamlah jawapannya.sbb itu, dia hanya mampu 'attack ' orang islam.Yelah. kalau tengok perangai umat islam sekarang pun, ada segelintir yang agak menyedihkan.

tak lama lepas itu, sibuk pula tersebar kat internet yang tak bersempadan ni tentang patung orang islam yang sedang bersujud,patung seorang kristian yang sedang berdoa dan seorang paderi yang sedang berdiri sambil memegang kitab Talmud.siapa pun umat islam yang masih ada cebisan iman pasti mengamuk.....rasanya itulah tindakan drastik atau spontan kita, tapi setakat mana?

soalan itu terkubur ...tapi tak lama lepas itu saya sedar, tak guna kita menjerit marah-marah sampai kita mencarut atau keluar perkataan yang tak elok sedangkan ia masih berleluasa.sebab itulah yang diaorang nak,nakkan kita marah membuta tuli tanpa tindakan and then senyap....no action ,talk only..

Dah tu,Nak Buat Apa?

jadinya, mereka menggunakan kemudahan teknologi untuk burukkan kita, so, kita gunakan ict untuk tunjukkan keindahan Islam.Para blogger sekarang boleh mencatatkan dalam diari maya diaorg tntg keindahan islam yang dinikmati,apa yang islam ajar melalui cara yang lebih santai atau profesional, terpulang kepada diri..

para kaki facebook pula boleh berhubung dengan kawan-kawan dengan nilai akhlak islam,perbualan yang sopan dan berpengisian, ikut acuan masing- masing berpandukan adab syariat islam.

para penulis pulak tak semestinya menulis novel cinta islam semata-mata sahaja kerana kita tak mahu orang kenal islam dalam satu sudut pandang sahaja.dan kita tak mahu ada pembaca yang hanyut denagn keindahan islam pada satu aspek tanpa sahaja tanpa mengenalidan melihat dalam aspek lain yang lebih universal .adalah lebih baik jalan penceritaan itu disulam dengan sulaman benang islam sesuai dengan tittle 'ISLAM IS THE WAY OF LIFE'.

para guru pula boleh berperanan.tidak dinafikan sistem pembelajaran hari ini lebih memdedahkan kita kepada liberalisme, sekularisme dan apa-apa 'lisme' lagi lah.tetapi pendidik yang hebat adalah dia mampu mengislahkan semua itu kepada sudut pandangan islam tanpa mengabaikan ilmu pokoknya.

pendek kata, ada jer cara kita nak mengetengahkan keindahan islam itu.Namun yang penting ialah diri kita sendiri.Bagaimana kita nak mengolahkan kecantikkan islam itu, yang kita rasa kepada orang lain?Bagaimana kita orang lain merasakannya?ala, analoginya kalau seorang penyanyi mesti dia akan bersungguh-sungguh mempersembahkan nyanyiannya hingga kekadang sanggup sampai kena basah air, main api, kena kurung ntah apa-apa lagi laa asalkan penonton merasa 'feel' nyanyiannya.Begitulah kita ....dan kunci utamanya ialah AKHLAK.

kerana akhlak itu dilihat oleh mata dan tak dinafikan dari mata jatuh ke hati.....wallahu'alam

December 24, 2010

VERSUS

firstly, i am highly thanked to hlovate, the writer of versus that had inspired me to wrote something that comman but usually forgotted by us....VERSUS..its all about turning 180'of ourselves into a better person



Mahasiswa Melayu tidak berkualiti?
Remaja Melayu paling hebat dalam masalah sosial?
Minda Melayu tiada kelas?
Anak Melayu paling malas berusaha?
Bangsa Melayu paling pentingkan diri?
Kami tidak bersyukur?


jujurnya, lemparan lemparan sebegini benar- benar menyesakkan dada.Orang melayu..itulah bangsanya.Berbicara soal bangsa memang satu isu yang sensitif, lagi lagi dalam keadaan negara yang baru dirawat perpaduannya.Tapi, apa yang saya cuba mengetengahkan ialah bagaimana anak-anak melayu itu sendiri tidak diberi peluang untuk memajukan bangsanya.Sedangkan di luar sana masih ada anak melayu yang cintakan agamanya, islam(the truly way of life for a mukmin) dan hingga sekarang berpeluh-peluh memperbaiki diri dan komuniti kepada 360' sisi yang lebih baik..semata-mata untuk mengangkat martabat seorang islam yang berbangsa Melayu.masih ada anak jati melayu di luar sana yang sanggup bermesyuarat walau hingga larut malam semata-mata untuk menyusun strategi membantu umat ini .masih juga ada remaja melayu ini yang sudah memikirkan soal masa depan bangsanya khususnya yang banyak mendominasi umat islam di malaysia ini.malh, ada yang bergolok gadai harta untuk membangunkan masyarakat.

Tapi kita masih rasa itu tetap tidak cukup.Ya , memang ia bukan satu jumlah yang boleh dibanggakan tetapi kita patut melihat secara positif.Anak-anak melayu inilah yang tetap bekerja demi satu misi MENGANGKAT MARTABAT SEORANG MELAYU ISLAM YANG SEBENAR-BENARNYA ISLAM walau dalam masa yang sama ada sebilangan pihak yang masih memburukkan mereka.Anak mealayu telah disisip mindanya hari ini dengan pelbagai gejal sosial ynag hanya menampakkan jalan buntu dalam setiap dada-dada akhbar.Tak mengapa , kami masih bersabar.tak mengapa, kami masih bertolak ansur dengan hak-hak istimewa kami cuma manakah peluang kami untuk membantu anak-anak melayu? dan sehingga bila anak-anak Melayu akan terus dihentam?

Versus.kisah anak melayu islam yang berlawan dengan diri, meninggalkan yang buruk hanya untuk kehidupan anak melayu yang lebih baik pada masa depan.

ini bukan soal salah siapa.bukan juga soal kepentingan peribadi kerana jika itu yang menjadi prioriti ,percayalah, bangsa melayu akan lenyap.lenyap dari bumi sekali gus menafikan kata-kata pahlawan kita, takkan hilang Melayu di dunia.














December 19, 2010

Sami Yusuf - Asma Allah

Aku tak mahu menoleh lagi!!!!

kau:ah!pening kepala aku.mulai hari ni aku tekad, aku takkan buat lagi kerja2 dakwah ni

aku:eh, apasal pulak ni?cube ko bawak bertenang ..apa jadi sampai ko cakap camtuh?

kau:aku tak tahan la..setiap yang aku buat mesti ada yang tak kena.bila aku usaha nak
buat something mesti punya tak jadi..tapi kalau org lain buat, sume menjadi!

aku:lorhhh..takkan sebab tu jer?

kau:kau tahu tak, tiap kali ada meeting ker, perjumpaan ker, apa apa jerla, bila aku
nak suarakan respon aku mesti orang wat dont know jer..last2, aku diam jer malas
nak respon.

aku:yeker?ntah2, diaorang tak jelas kut ko cakap.tapi kalau betul la, tak bagus,
memang tak bagus diaorang wat camtuh..aku rasa la baik ko slow talk dengan
komuniti ko tuh.sayang la, ko takkan nak tinggalkan kerja2 dakwah ni sebab benda2
ni.

kau:ah! aku malas la..the blame will always put on me.

aku:???aku tak faham.

kau:bukan aku tak sayang dengan kerja dakwah ni cuma aku tak tahan.macam mana aku nak
teruskan kalau keadaan aku ngan komuniti aku sendiri tak boleh ngam.ko tahu tak
ia macam plastik tau, pretend ok tapi sebenarnya....aku takkan menoleh lagi.bagi
aku, biarlah aku buat baik dengan diri aku jer, tegakkan islam dalam diri aku
jer. aku rasa kalau aku go on with this thing pun, aku sakit jiwa.and aku rasa
nak lupakan semua yang aku dah buat sebelum ni.

aku:macam nilah, aku terus terang jer la..ko boleh terima tak kalau aku cakap sikit
ngan ko ni?

kau:tengok la, ko rasa apa patut aku buat?aku rasa nak kuar dari komuniti aku la...

aku:ok. firstly, ko jgn buat keputusan melulu..aku rasa benda ni takkan settle kalau
ko tak bincang secara jujur denga komuniti ko. benda takkan selesai and diaorang
takkan tahu apa suara hati ko yg sebenarnya. ni kira masalah hati la ni.kalu ko
ikut hati,main nak keluar dari komuniti ko, nanti boleh jadi diaorang buat
andaian melulu kat ko.things get going harder than you thought nanti..

kau:hmm..teruskan.

aku: aku faham apa yang ko rasa. ko rasa tak di appriciate kan?dah la..jangan layan
perasaan tuh. masalah ko bukannya besar pun, kalu ko fikir dengan tenang benda
ni kecil jer kat ko..aku nak tanya ko , selama ni ko buat kerja2 dakwah ni atas
dorongan apa?memang ko nak ker or you just go with the flow?

kau:sekarang ko pulak nak menilai aku?

aku: relax la.. aku cuma nak tanya ko bukan nak salahkan ko..ko ni sahabat aku, so
aku nak tolong kau.soalan tuh, ko jer boleh jawab.hanya ko jer tahu yang
sebenarnya dalam hati ko. kalau kita buat kerja2 dakwah ni memang atas rasa
tanggungjawab kita kepada komuniti islam yang lebih besar kat luat sana, kita
takkan rasa terbeban sebab banyak lagi benda besar ya ng kita kena fokus.kalau ko
nak keluar dari komuniti ko, ko jamin ker ko akn berada atas landasan seperti
mana yang ko tengah berdiri sekarang??? ko pasti ko boleh teruskan walau dengan
sepasang kaki dan tangan yang ko ader tuh??ko pasti ko takkan perlukan sepasang
telinga dan mulut lain untuk menasihati ko dan memebantu ko??

kau:betul juga tuh!aku confuse la denagn apa yang aku nak sebenarnya.. ko tolong la

aku:hai sahabat, tak ada yang dapat tolong ko melainkan Allah dan diri ko.

kau:mmm..

aku: cuba lah ko bawa berbincang dengan komuniti ko, ingat kita berbincang bukan
untuk kepentingan diri kita tapi untuk pastikan kerja dakwah kita dapat
diteruskan dengan baik.aku nasihatkan ko untuk berhenti buat sesuatu untuk orang
lain. buatlah kerana Allah untuk diri ko sendiri .itulah yang lebih baik dan
jawapan untuk tujuan kerja 2 yang ko buat ni? tinggi darjatnya orang yang
berjihad hingga Allah bagi ganjaran syurga ..takkan kita nak lepaskan benda tu
semua hanya sebab keegoan diri kita semata2..betul tak?

kau: boleh ker diaorang terima aku lagi?

aku: tu bukan masalah ko. berdoalah banyak2 sebab ko buat untuk siapa??yang penting
ko dah berusaha untuk baiki diri ko dan sentiasa berusaha untuk berbaik dengan
mereka .benda ni semua akan menegakkan fardu muslim dalam diri kita..insya
Allah, diaorang pasti terima.inilah dugaan orang berjuang, kita tak mungkin
berperang dengan tangan dan kaki kita tapi kita diuji Allah dengan perang hati
sesama pejuang kita.ini semua yang melambatkan misi dakwah kita ...betul tak?

kau:aku dah sedar sekarang ...matlamat takkan menghalalkan cara, perjuangan daie tak
mungkin bersendirian, dan aku tak mahu pentingkan diri sendiri..aku tak nak
melangkah ke syurga kelak berseorangan..aku mahu perjuangan ku bersama2 sahabat
diredhai Allah selama nya..

aku:baguslah.mudah- mudahan Allah merahmati mu sahabatku..cinta dan penghargaan Allah
lebih bernilai dari seluruh isi bumi ini berbanding cinta dan pujian manusia...




BUAT RENUNGAN BERSAMA;SEJAUH MANA KETELUSAN KITA?

December 18, 2010

Dari Sangkar Kecil ke Sangkar Besar

alhamdulillah, selesai bertarung dengan spm, barulah rasa separuh bebas...
dah terlalu lama senyap without any post
dah tentu berjuta pelajar spm kat luar sana terasa macam burung merpati yang baru belajar terbang
rasa bila terbang bebas dengan penuh bahagia..
paling penting dah tak payah memakai baju sekolah=)
betul ker kita dah bebas??
rasa seram sejuk mengalahkan puaka niyang rapik
bila nak melangkah kaki kat alam hidup sebenar
berjuta manusia macam jurassic park kat luar sana
macam mana pun,
its a reality to be face
and masa tulah kita nak survivor
dengan iman yang mengalahkan kulit bawang yang nipis tuh...
yang pasti
kebebasan tiada bererti selagi mana kita belum confirm digelar ahli syurga

June 17, 2010

KAAB BIN MALIK DAN MINDA POSITIF

Siapakah Kaab bin Malik???

Kaab bin Malik adalah seorang sahabat yang mahir dalam syair .Nabi telah melantiknya menjadi penyairnya bersama-sama dengan Hasan bin Thabit dan Abdullah bin Rawahah.Disebutkan juga dalam kitab Dalilul Falihin, Beliau terlibat dalam semua perang kecuali perang Badar.Malah, dalam perang Uhud, Kaab telah mengalami sebelas lika di badan.

Namun, kisahnya yang kita boleh ambil inti patinya adalah ketika beliau menerima panggilan jihad untuk berperang dalam peperangan tabuk, tetapi beliau menangguhkan panggilan tersebut sehingga akhirnya ditinggalkan Nabi.Sebenarnya, Kaab tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak menyertai peperangan ini sedangkan pada ketika itu beliau dalam keadaan sihat dan berharta.

Sekembalinya nabi dan tentera-tenteranya,semua golongan yang tidak menyertai perang ini datang memohon maaf kepada nabi dengan pelbagai alasan bagi menyelamatkan diri daripada dihukum.Walau bagaimanapun, apabila Kaab menemui nabi beliau berkata benar dan jujur kepada nabi bahawa dia tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak menyertai peperangan ini.Selepas mendengar penjelasannya, Nabi terus berkata,"Adapun orang ini berkata benar.Allah turunkan keputusannya tentang dirimu"

Sikap Kaab ini telah diejek oleh golongan munafik kerana dianggap lurus bendul.Namun, Kaab tetap dengan pendiriannya.Hukuman yang dikenakan kepada kaab ialah nabi dan para sahabat tidak dibenarkan menggaulinya selama 50 hari,Pada masa itu bumi yang luas terasa begitu sempit dan bagi Kaab, imannya benar-benar teruji.Satu hari, raja Ghassan yang beragama Kristian telah menghantar surat kepada Kaab yang berbunyi...

"Telah sampai kepada kami bahawa sahabat-sahabatmu telah memulaukanmu.Allah tidak menjadikanmu untuk dihina di dunia ini.datanglah ke tempat kami supaya kami boleh memberikan kebahagiaan buatmu"

Selepas membaca surat itu , Kaab berkata "Ah, inipun satu bencana juga"

Akhirnya, selepas 50 hari allah telah menerima taubat Kaab.Buktinya,dalam surah Taubah ayat 117 dan 118.Selepas keampunnannya diterima Allah,Kaab menemui nabi disambut dengan wajah berseri-seri.
" Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah menyelamatkan aku kerana aku bercakap benar.Sebagai tanda taubatku, aku tidak akan bercakap melainkan yang benar sepanjang sisa hidupku yang ada"

PENGAJARAN

Berdasarkan sikap Kaab yang positif dan bertunjangkan keimanan,beliau sanggup bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukannya.Jika kita lihat, hari ini apabila manusia berdepan dengan sesebuah masaalah selalunya dia akn mencari kambing-kambing hitam untuk menutup kesalahannya tapi berbeza dengan Kaab yang bersikap benar dan berani berdepan dengan sebarang hukuman atas kesalahannya.

Namun, apa yang lebih menarik adalah apabila dia berdepan dengan kegagalan, beliau bersedia belajar dan memperbaiki diri.Dalam proses itu juga, Kaab cekal dan tabah dan dia sedar bahawa penderitaan yang dialami adalah jalan kejayaan.Beliau berjaya menghadapi ujian ini adalah atas motivasi kekuatan iman dan takwanya.




by fatin syuhada.

June 11, 2010

salam..blog ini mungkin dibekukan seketika dan insya -Allah akan ditutup tak lama lagi.harap maaf...

*jemput ke www.karmakehidupan.blogspot.com

April 17, 2010

MAKNA CINTA UKHUWAH KERANANYA




Minggu Robitah telah pun selamat dijalankan di sekolah saya pada minggu ini.Yang mana minggu ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menyentuh pemilik- pemilik hati yang saya rasa telah kering kontang dasarnya dek kealpaan dan kesibukkan urusan - urusan lain, yang terlalu dahagakan cinta supaya hatinya subur tetapi tersilap memilih tempat berkasih hingga hati itu menjadi lebih pedih berdarah..

tujuan minggu ini adalah untuk mengukuh kembali jalinan keterikatan kita kepada rabbi, dan untuk memelihara dan membetulkan method dalam ukhuwah islamiah yang bersyariat..

namun , apa yang lebih mustahak adalah bagaimana kita meraikan ikatan kita?

IKATAN DENGAN-NYA

Ikatan inilah kita sering lupakan kerana ia ibarat bercinta di alam maya kerana seseorang itu bukan mudah mencintai sesuatu tanpa melihat zatNya.namun, jika rasa ikatan cinta itu disulamkan dengan keyakinan, keimanan , ketaqwaan dan paling penting kepercayaan yang tinggi hingga mampu bertawakal sehabisnya kepada Nya, maka tidak akan putus hati ini dari taliNya, insya-Allah.


"DARI ABU HURAIRAH R.A. BAHAWA RASULLULAH SAW BERSABDA BERMAKSUD: "ALLAH berfirman, JIKA HAMBAKU SUKA BERJUMPA DENGANKU, MAKA AKU PUN SUKA BERJUMPA DENGANNYA,.JIKA DIA BENCI BERJUMPA DENGANKU, MAKA AKU PUN BENCI BERTEMUNYA"--riwayat bukhari

UKHUWAH BERSAHABAT

Ramai yang mencari dan bertanya:::

=mana sahabatku saatku perlukannya?
=ehh, kau ni mmg tak paham aku!!!
=cubalah kau dengar sikit apa yang aku rasa , ni asyik nak menghukum jer!!
=aku rasa kau ni dah jauh dari aku...




mungkin itulah penilaian dayus kita terhadap sahabat kita..mungkin iya atau mungkin tidak
ia sakit bila kita terlalu mementingkan manusia tapi ia juga begitu memedihkan jika kita keseorangan.. jadi kesimpulannya, manusia ini perlu dan berfitrah untuk mempunyai teman tetapi Allah tetap meningatkan kita agar jangan hingga kita melupakanNya..

Berkasihlah dan berterima kasihlah kepada teman anda kerana mereka masih cukup sabar dalam mempunyai teman seperti kita yang hanya tahu melukakan hatinya...Bersyukur kita masih ada teman..Alhamdulilah..bagi saya , Allah menjadikan kita dua telinga dan satu mulut supaya kita lebih nabyak mendengar dari banyak bercakap, kerana bilamana kita sudi meminjamkan telinga kita walau tak sampai10 minit untuk kita dengar akan rintihan hatinya..itu sudah membawa makna yang tersangat besra, terlalu tinggi nilainya..tetapi Allah juga menciptakan kita hati untuk berperasaan dan akal untuk berfikir maka lahirkanlah satu nasihat yang datang dari kedua- dua anugerah ini supaya ia diserap masuk ke dalam hati sahabat kita

sekaligus saya menyeru
putuskanlah jalinan yang belum halal bagi kita kerana ia belum mampu menjanjikan apa-apa melainkan zina dan dosa...
betapa runsing dan bimbangnya hati tatkala ada suara yang membantah akan hidup bersyariat yang Allah gariskan...saya cukup sedih bila melihat muslimun di luar sana tidak langsung mampu menegur muslimat malh hanya menuruti ajakan syaitan sedangkan Allah memberi kepada seluruh muslimin kekuatan 9 akal untuk memimpin..maka pimpinlah orang sekitarmu

AYUH SAHABAT! AYUH TEMAN! KUATKAN SEMULA , ERATKAN SEMULA IKATAN KITA KEPADA-NYA, CINTAILAH ALLAH SEPENUH JIWA RAGA KITA , USAHALAH UNTUK KITA RASAI KEHADIRAN-NYA DALAM SETIAP NADI KITA...JALINKAN UKHUWAH ISLAMIYAH YANG RASULLULAH AJARKAN..TEGURLAH KAWAN DAN TERIMALAH TEGURAN UNTUK KITA SAMA-SAMA MENDAPAT REDHA-NYA KERANA APAYANG PASTI HIDUP INI TIDAK AKAN LAMA



by fatin syuhada

March 18, 2010

SI FREEMASON &SI DAJJAL

"dan sekali- kali tidak akan redha kepadamu Yahudi buat selamanya, Tidak juga nasrani, sehinggalah kamu mengikut jejak mereka"-al baqarah,120

hari ni jika kita bercerita tentang bumi palestine, darah juang dalam diri pasti berkobar- kobar. Tapi kita lupa malah mungkin tidak sedar akan musuh dalaman Islam ini yang memerangi kita secara rahsia. Maka di sini kita jelas, mengapa Allah tidak menyuruh semua orang Islam keluar berperang , kerana sebahagian yang lain diperlukan untuk mengkaji ilmu, mencari maklumat sepaya wujud keseimbangan dalam sistem pertahanan Islam.

Bercerita akan yahudi pasti, tidak dapat tidak akan tersebut jua Freemason.Freemason adalah satu gerakan rahsia dan merupakan agenda yahudi untuk menghancurkan Islam. malah gerak kerja ini telah wujud sejak beribu tahun dahulu merentasi zaman firaun.

tetapi apa pula perkaitannya dengan dajjal?

secara amnya, freemason dan dajjal bersatu dalam usaha menjatuhkan umat islam.oleh itu Projek 911 telah dijalankan. apa pula Projek 911 ini? Ia merupakan projek"Mega Ritual Illuminati Sembah Lucifer " iaitu syaitan .maka ritual pemujaan ini dijalankan sejak dahulu lagi . Adakah ritual pemujaan ini telah dihentikan memandangkan sekarang merupakan zaman moden?Ya.. ia masih dijalankan dan ritual ini turut disertai beberapa pemimpin2 dunia yang mana turut merupakan anggota freemason.mereka berkomplot untuk menjatuhkan Islam.

Projek serangan yahudi ini dijalankan secara fizikal dan mental.

secara fizikal:
1. Projek WTC 911
2, Afganistan
3.Iraq

serangan ini dijalankan dengan perang...ya, perang di bumi islam sekarang ialah agenda freemason yang mana akhirnya akan membentuk ISRAEL RAYA .melalui ini mereka membina tanah untuk negara mereka

secara mental:
1.Sex
2.Sport
3.screen

projek2 ini pula dijalankan melalui Hollywood Projek..sebab itu media dunia mereka pegang. mereka peroleh kuasa ini hasil dari perang dunia yang lepas..yang mana juga merupakan agenda mereka. buktinya, jika kita kaji filem2 yang datangnya dari hollywood ini, banyak rahsia2 mereka yang boleh kita ketahui dan kita bongkar.

salah satunya, siri kartun TOM and JERRY.dalam siri ini pasti si jerry(tikus yang kecil) akn menang sungguh pun si tom(kucing yang malang) melakuakn pelbagai trik untuk mengalahkan si tikus.sebenarnya jerry mewakili yahudi kerana mereka dalam kelompok kecik dan tidak punya negara sementara tom mewakili negara 2 islam .ini menunjukkan bahawa mereka pasti akan menang walau apa pun yang cuba dilakukan oleh negara2 islam ..dan propaganda inilah yang ditanam dalam pemikiran anak2 islam sekarang yang banyak menonton siri ni.

jika hendak dituliskan, terlalu banyak maka apa yang saya tuliskan ini adalah sebahagian kecil sahaja.jadi kita sebagai pemuda pemudi islam perlu peka akan hal ini.tanam sikap quwwah dan amanah dalam diri kita kerana itulah jalan keluar umat islam.kembalilah pada AL QURAN DAN HADIS NABI kerana sumber2 ini yang membekalkan rahsia untuk umat islam kembali kuat.


by fatin syuhada

March 17, 2010

JATUH...BANGUN..JATUH..TERUS BANGUN!!!


"Tidaklah berputus asa dari rahmat Allah melainkan golongan yang sesat sahaja"
-Al Hajr,56

hidup ni umpama roda..kadang kala di bawah dan kadang kala di atas..kadang kala jugak, roda tu pancit atau tercabut...setiap masalah yang diciptakan adalah untuk insan yang tercipta.bertujuan tak lain tak bukan untuk menguji sejauh mana keimanan tergoyah, sekuat mana emosi diri, setabah mana sang hati dan sepetah mana lidah membidas.

namun,
hanya mereka yang menghadapnya dengan berani sahaja yang digelar orang yang berjaya..kalau anda nak tahu , kaum Red Indian tidak pernah meletakkan istilah gagap dalam hidup mereka justeru itu, mereka tidak pernah gagap...ini menunjukkan yang kita mesti menyemai sikap tidak berputus asa ..seperti mana yang ditekankan oleh Allah ..apa2 hal pun itu hanyalah sekadar renungan buat kita yang sering terlupa yang Allah ada untuk kita terutamanya bila kita bermasalah...astagfirullah


setelah hampir 3 bulan sekolah, ya saya akui mmg sukar untuk menjadi pimpinan,, kadang2 kita akan rasa sangat tak bersemangat, kadang2 kita akan rasa sangat bersemangat rasa macam tak boleh tunggu esok..time tu jugak nak buat...kadang2 rasa nak burst otak ni bila banyak sangat nak difikirkan terutama bila uruskan biro2 asrama dan semasa nak merangka program2 ..tu mmg mencabar..selalu sangat minda jadi kering,tapi saya bersyukur kerana melalui usrahlah batery yang nak kong tu dicaj balik...syukran

dan benar pemimpin yang baik tidak akan duduk di bilik yang selesa...

pengalaman pertama membuat program cukup bagi saya memberi banyak pengajaran..kat sini kita nampak dan baru sedar

kenapa perlu perancangan yang teliti?
kenapa perlu gerak kerja yang teratur?
kenapa perlu perancangan awal dan extra strategi?
kenapa perlu walaq pada ketua?

paling penting ambil pengajaran dari yang lalu, rancang yang terbaik walaupun ia tak semudah yang dijangka..hanya satu yang mmg saya nak tahu sangat jawapannya

bagaimana untuk melaksana satu program yang meninggalkan kesan dalam hati atau paling tidak membuat orang terfikir sejenak dan paling penting kayu ukur keberjayaan program itu tak semata2 bergantung pada kuatnya ketawa ..bermakna mereka tidak mendapat seronok semata2???

by fatin syuhada

February 27, 2010

MUHAMMAD MENGAJAR MEYANTUNI MANUSIA



Stanley Lane Poole berkata,"terhimpun dalam diri (muhammad) sifat lemah lembut dan gagah berani sehingga seseorang yang cuba menilainya akhirnya akan mengaguminya dan mengasihinya.Beliau seorang yang sanggup berdepan den
gan kemarahan kaumnya.Beliau juga tidak mudah melepaskan tangannya ketika bersalaman.Beliau mengasihi kanak-kanak dan sentiasa melemparkan senyuman di samping menuturkan kata-kata yang mulia kepada mereka.Persahabatannya tulus, sikap pumurah,keberanian dan kecekalan yang ada padanya , semua ini mencairkan kritikan dan sebaliknya melahirkan keka
guman"

(dalam the speech and table talk of Prophet Muhammad)



Assalammualaikum kepada pembaca blog yang tak seberapa nih..

saya bebitu tertarik dengan potongan kata yang saya peroleh dari sebuah buku...yang mana ia jelas menunjukkan keindahan keperibadian Muhammad, kekasih awal dan akhir bagi orang yang benar- benar menyintainya... Apa yang pasti kata- kata ni datangnya dari mulut mereka yang bukan islam yang mana begitu mengagumi pesuruh Allah ini..namun bukanlah itu yang menjadi fokus penulisan saya ..

yang benar menarik pandangan ini ialah apa yang saya boldkan dan perkaitannya dengan MUHAMMAD MENGAJAR MENYANTUNI MANUSIA....dan ia juga secara tidak langsung menyingkap kepimpinan Rasullulah...

kepimpinan yang dibawa dalam diri insan yang tersangat mulia ni adalah kepimpinan yang sanagt natural..Nabi Muhammad memimpin seiring dengan ilmu, amal , nilai akhlak yang tinggi serta roh islam itu sendiri yang mana kalau kita lihat kepimpinan sebeginilah yang semakin malap..jika dilihat ,pemimpin masa kini tak kira di mana pun peringkat sama ada dari sekecil-kecil iaitu di sekolah banyak yang mengamalkan "cakap tak serupa bikin"

sementara itu, nabi mengajar kita menyantuni manusia dengan penuh hikmah , lemah lembut kerana memang secara fitrahnya manusia itu akan tertarik pada mereka yang memberinya keselesaan dan kepercayaan...oleh itu sebaiknya yang diajar oleh Baginda ialah memberi nasihat mula dari hati..

Nabi s.a.w bersadba :

ما من أمير يلي أمور المسلمين ثم لا يجهد لهم وينصح لهم إلا لم يدخل معهم الجنة

Ertinya : Tiada seorang ketua yang memimpin orang bawahannya dari kalangan Muslimin kemudian dia tidak berusaha bersungguh dalam untuk kebajikan mereka dan tidak memberi nasihat (kepada Islam), kecuali pemimpin ini tidak memasuki syurga ( Riwayat Muslim)

Atau dalam riwayat lain disebut hukumannya sebagai

فلم يحطها بنصحه لم يجد رائحة الجنة

Ertinya : dan apabila mereka tidak menasihatkan rakyatnya dengan nasihat kebaikan, nescaya diharamkan baginya bauan syurga (amat jauh dari syurga sehingga bauannya pun tidak diperoelhi apatah lagi syurga itu sendiri)


inilah yang nabi ajar iaitu, kepimpinan yang meyantuni manusia..pernah suatu ketika dahulu,mengikut Imam Abu Daud dan Tarmizi, seorang lelaki datang dan menemui Rasullulah,"ya Rasulullah berapa kalikah sehari kami patut maafkan orang -orang suruhan kami?"Nabi diam.Lelaki itu bertanya lagi soalan yang sama.Nabi seterusnya diam. Lelaki itu bertanya lagi bagi kali ketiganya. ketika itu Nabi menjawab,"Maafkanlah dia sebanyak 70 kali setiap kali."
Cara nabi menjawab soalan ini menunjukkan ada kalanya kita perlu menghukum orang-orang bawahan, namun begitu, yang perlu diutamakan adalah memberi maaf.



oleh itu, saatnya , kita mengambil kepimpinan dan keperibadian Muhammad yang mengajar kita menyantuni manusia setiap masa..Amalkanlah dan hidupkanlah sunnahnya.....semaikanlah rasa cinta dan sayang kita dengan berselawat sebanyaknya kepada orang yang paling banya berselawat kepadanya akan berada paling hampir dengan Rasullullah dan segala permintaanya akan dikabulkan kelak di akhirat..insya-Allah


by fatin syuhada

February 15, 2010

Native Deen
Album: Not Afraid to Stand Alone
Song: Stand Alone


Chorus
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
I am not afraid to stand alone
Everything will be alright
I am not afraid to stand alone
Gonna keep my head up high

I'm not afraid to stand alone
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

Single mother raising her children
And now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
Was healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay-she was in love
They brought her in, told her she's the number one pick
"You got the job, but you gotta lose the outfit"

This is a tough position that you put me in
Cause Ive been struggling with my two children
But I'll continue looking for a job again
My faith in my religion now will never bend

Chorus
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
I am not afraid to stand alone
Everything will be alright
I am not afraid to stand alone
Gonna keep my head up high
I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

Peer pressure, they were insisting
And I was resistin
Some days I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know when I’m praying and fasting
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour

One day there’s a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don’t see me sweating when their jokes're cracking
Never see me cursin’ with my pants saggin’
I aint running yo I’m still standing
I ride with Allah to the very end

Chorus
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
I am not afraid to stand alone
Everything will be alright
I am not afraid to stand alone
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

Now, I’m a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don’t dare say no
Scared of being shunned, by the peers they know
But I aint gonna run, I aint scared no more

These sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn’t cute
And they get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and that’s the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me I’m a brotha gotta stand my ground
I aint gonna shudder, when the gangs around
Peer pressure whatever, its my planet now

Others may fall, I’mma hold my own
With the help of Allah I’ll be strong as stone
And I’mma be brave and let Islam be shown
Cause you I know I not afraid to stand alone

Chorus
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
I am not afraid to stand alone
Everything will be alright
I am not afraid to stand alone
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah's by my side
I am not afraid to stand alone
Everything will be alright
Gonna keep my head up high




by fatin syuhada