June 17, 2010

KAAB BIN MALIK DAN MINDA POSITIF

Siapakah Kaab bin Malik???

Kaab bin Malik adalah seorang sahabat yang mahir dalam syair .Nabi telah melantiknya menjadi penyairnya bersama-sama dengan Hasan bin Thabit dan Abdullah bin Rawahah.Disebutkan juga dalam kitab Dalilul Falihin, Beliau terlibat dalam semua perang kecuali perang Badar.Malah, dalam perang Uhud, Kaab telah mengalami sebelas lika di badan.

Namun, kisahnya yang kita boleh ambil inti patinya adalah ketika beliau menerima panggilan jihad untuk berperang dalam peperangan tabuk, tetapi beliau menangguhkan panggilan tersebut sehingga akhirnya ditinggalkan Nabi.Sebenarnya, Kaab tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak menyertai peperangan ini sedangkan pada ketika itu beliau dalam keadaan sihat dan berharta.

Sekembalinya nabi dan tentera-tenteranya,semua golongan yang tidak menyertai perang ini datang memohon maaf kepada nabi dengan pelbagai alasan bagi menyelamatkan diri daripada dihukum.Walau bagaimanapun, apabila Kaab menemui nabi beliau berkata benar dan jujur kepada nabi bahawa dia tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak menyertai peperangan ini.Selepas mendengar penjelasannya, Nabi terus berkata,"Adapun orang ini berkata benar.Allah turunkan keputusannya tentang dirimu"

Sikap Kaab ini telah diejek oleh golongan munafik kerana dianggap lurus bendul.Namun, Kaab tetap dengan pendiriannya.Hukuman yang dikenakan kepada kaab ialah nabi dan para sahabat tidak dibenarkan menggaulinya selama 50 hari,Pada masa itu bumi yang luas terasa begitu sempit dan bagi Kaab, imannya benar-benar teruji.Satu hari, raja Ghassan yang beragama Kristian telah menghantar surat kepada Kaab yang berbunyi...

"Telah sampai kepada kami bahawa sahabat-sahabatmu telah memulaukanmu.Allah tidak menjadikanmu untuk dihina di dunia ini.datanglah ke tempat kami supaya kami boleh memberikan kebahagiaan buatmu"

Selepas membaca surat itu , Kaab berkata "Ah, inipun satu bencana juga"

Akhirnya, selepas 50 hari allah telah menerima taubat Kaab.Buktinya,dalam surah Taubah ayat 117 dan 118.Selepas keampunnannya diterima Allah,Kaab menemui nabi disambut dengan wajah berseri-seri.
" Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah menyelamatkan aku kerana aku bercakap benar.Sebagai tanda taubatku, aku tidak akan bercakap melainkan yang benar sepanjang sisa hidupku yang ada"

PENGAJARAN

Berdasarkan sikap Kaab yang positif dan bertunjangkan keimanan,beliau sanggup bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukannya.Jika kita lihat, hari ini apabila manusia berdepan dengan sesebuah masaalah selalunya dia akn mencari kambing-kambing hitam untuk menutup kesalahannya tapi berbeza dengan Kaab yang bersikap benar dan berani berdepan dengan sebarang hukuman atas kesalahannya.

Namun, apa yang lebih menarik adalah apabila dia berdepan dengan kegagalan, beliau bersedia belajar dan memperbaiki diri.Dalam proses itu juga, Kaab cekal dan tabah dan dia sedar bahawa penderitaan yang dialami adalah jalan kejayaan.Beliau berjaya menghadapi ujian ini adalah atas motivasi kekuatan iman dan takwanya.




by fatin syuhada.

June 11, 2010

salam..blog ini mungkin dibekukan seketika dan insya -Allah akan ditutup tak lama lagi.harap maaf...

*jemput ke www.karmakehidupan.blogspot.com