July 17, 2009

Salam perkenalan!!

Assalammualaikum..kpd semua pmbaca blog ini. Afiza, itulah nama yang diberi oleh ibu bapa saya manakala Fatin Syuhada ialah sahabat saya. Ini merupakan pengalaman pertama menaip blog seperti ini.Oleh itu, Fatin jangan lupa ajar saya nanti..Ok?? Fiza rasa bersyukur sangat kerana Fatin sudi berkongsi blog dengan saya. Alhamdulillah...terima kasih bebanyak Fatin!! Hrmm...Fiza tiada idea lagi nk tulis ape memandangkan ini catatan yg pertama. Kesempatan ini, Fiza gunakan utk mengucapkan selamat berjuang buat sahabat2 yg bkl menghadapi peperiksaan formatif 2 nnti. Tunjukkanlah kpd kawan2 kita yg lain bahawa kita sbgi naqibah dan ketua pljr boleh berjaya walaupun sntiasa sibuk dgn tugasan. Ingatlah sahabat2ku..Allah akn menolong kita jika kita menolong agama-Nya dgn melakukan segala perintah-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya. Sahabatku...jgn kita mmbaca buku krn nak periksa ttpi bacalah krn ilmu Allah yg Maha Luas dan krn Allah. Baiklah..cukup setakat ini dahulu dr Fiza. InsyaAllah...Fiza akn mmbuat catatan lagi di lain waktu. SEMOGA BERJAYA SAHABAT2KU!!! Wasalam....

July 4, 2009

July 3, 2009


kenali kehebatab dan potensi diri


Assalamualaikum dan salam selawat atas junjungan nabi yang tersangat dicintai atas segala pengorbanan baginda untuk kita.

saya mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana bila mana kita sebut kalimah ini di awal setiap pekerjaan kita,insya-Allah pasti ada keberkatannya dalam pekerjaan kita itu. Moga beroleh pahala.Amin..

Insya-Allah kali ini saya nak kongsi sikit mengenai "7 FORMULA INDIVIDU CEMERLANG " yang dikarang oleh Dr Daniel .

1)Kenali Kehebatan dan Potensi Diri

Keunggulan umat islam suatu ketika dahulu mmg x dpt dinafikan dari pelbagai aspek,politik, ekonomi,pendidikan.pentadbiran .ketenteraan ,kebajikan rakyat,pengurusan negara dan sbgn. Namun, keunggulan ini x berkekaln ....kerana apa ia x kekal???Kerana kita lupa dengan firman Allah

"Maka ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat padamu dan berterima kasihlah kpd Ku dan janganlah kamu menyangkal (nikmatKu)-Al baqarah,152

Malah,Imam Hassan al Basri pernah menyatakan bahawa Allah mengingat (dgn rahmatNya) mereka yang mengingatiNya.Allah menambah nikmat kepada mereka yang bersyukur dan Allah timpakan azab kepada mereka yang kufur..dan setelah dikaji punca kejatuhan Islam adalah berpunca daripada kelupaan umatnya terhadap nikmat2 yg dikurniaNya.

Kita menyedari hakikat hidup ini adalah sebuah perjuangan .Setiap pejuang itu perlu pada kehebatan diri sebagai seorang pemimpin yang boleh berjuang dan setiap pejuang itu pula perlu ada potensi diri yang outstanding.Hanya mereka yang x berfikiran rasional shj yg beranggapan hidup ini sekadar makan minum dan akhirnya mati.

Sebagai seorang Islam dan lebih istimewa kita ini salah seorg umat Rasullulah ,perlu menyedari yang Allah sendiri iktiraf kita sebagai ummatan wasatha dan khairun ummah.Kita dikurnia dengan kelebihan diri msg2 bukan utk dibajetkan tetapi untuk menegakkan semula Islam, Justeru itu.mengapa kita tidak bersatu untuk tegakkan semula islam??mengapa masih ada antara kita yang teragak2 untuk berkhidmat demi agama Allah walhal Allah dah bagi modal pada kita iaitu kelebihan dalam diri kita.?? dan lebih teruk ada yang menafikan keistimewaan kurniaan Allah dalam dirinya semata2 kerana mrk tidak mahu perjuangkan islam kerana takut kehilangan nikmat2 materialistik dan pengaruh di dunia ini..

Sayang sungguh kerana kehebatan dalam diri kita ini yang dipinjamkan Allah tidak kita gunakan dengan sehabis baik, tapi sangat pelik pula kerana tidak pula kita menolak pujian org lain atas kelebihan diri kita.Mungkinkah kita tidak sedar yang kita seolah2 tidak mahu berterima kasih pada Allah atas kurniaanNya apabila kita memilih untuk berdiam ,tidak berjuang untuk Allah seperti man yang dituntutnya di atas....Astangfirullah...

Jika kita x mulakan dari sekarang ,bila lagi kita ingin membantu Islam?Saya yakin yang msg2 antara kita sudah pun sedar kehebatan kurniaan Allah pada diri msg2..Saya pun masih lemah namun saya percaya jika kita sama2 berdiri atas sati soff yang teguh, Insya Allah,,Pasti keunggulan Islam dapat dijulang semula.

so,kita kena berubah.Kembali pada Islam seperti yang Ditegaskan dalam surah Yusuff,90

"Sesungguhnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar maka sesungguhnya Allah tidak akan mensia siakan pahala orang yang melakukan kebaikan"

dan marilah kita buang rasa rendah diri atau mentaliti inferior dalam diri kita kerana Allah sendiri menghargai diri kita sebagai khairun ummah.Moga2 kita perbetulkan niat kita dan kita berdoa agar diberi kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik .